• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Warna Minyak, Bendalir Boleh Tentukan Jenis Kebocoran Kereta

#TahukahAnda: Warna Minyak, Bendalir Boleh Tentukan Jenis Kebocoran Kereta

October 9, 2017 By Azhan O 3 Comments

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA perkara yang cukup merisaukan pemandu adalah ketika melihat tompokan atau tumpahan bendalir, terutama minyak di bawah kereta mereka. Ini kerana tompokan bendalir tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sudah berlaku. Malangnya, anda pula tidak tahu misteri kebocoran bendalir tersebut. Sudahnya, hati jadi tidak tenang.

Apakah kereta anda masih selamat dipandu?

Di bawah ini kami senaraikan panduan pantas untuk membantu anda mengenal pasti apakah sebenarnya jenis kebocoran itu tanpa memerlukan anda memiliki ijazah kimia, apatah lagi cuba rasa bahan kimia itu dengan lidah.

TIP: Jika anda gagal mengenal pasti warna bendalir bocor disebabkan warna jalan, konkrit atau kerikil yang gelap, anda boleh letakkan sekeping kadbod di bawah bahagian kereta yang mengalami kebocoran untuk menadah dan melihat warna bendalir lebih jelas.

Jadi, apakah yang bocor dari kereta saya?

BENDALIR COKLAT ATAU HITAM?

tompok-minyak
minyak-enjin-bocor

Minyak enjin nampak jernih dan berwarna keemasan apabila pertama kali dituang ke dalam kotak engkol (crankcase) dan selepas digunakan akan bertukar warna kepada coklat cerah, coklat gelap atau hitam disebabkan pendedahan kepada haba dan tekanan.

Kadangkala, kebocoran minyak enjin kelihatan hitam atau coklat kerana turut mengangkut sama kotoran dan likatan lain ketika mengalir sepanjang laluan kebocoran. Tetapi, kadang-kadang, minyak itu akan nampak kurang pekat, terutama jika masih baharu.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Rajin Periksa Paras Minyak Enjin Kereta, Motor?

HIJAU, BIRU, KUNING ATAU JINGGA?

coolant-bocor-2
coolant-bocor-3

Suatu masa dulu, warna eksklusif penyejuk atau coolant enjin ialah hijau. Namun, apabila industri automotif mula beralih daripada teknologi asid tidak organik kepada asid organik dan asid organik hibrid, palet antibeku mula berkembang. Hari ini, anda boleh dapati coolant dalam warna hijau, biru, oren dan kuning yang paling banyak digunakan, termasuk merah dan merah jambu.

Ada dua tip perlu dibuat jika anda sendiri tidak dapat pastikan bendalir itu ialah coolant dengan hanya melihat warna tompokan bendalir atas jalan. Pertama, ketika enjin betul-betul sejuk, buka penutup radiator dan lihat apakah warna cecair antibeku dalam kenderaan anda itu. Jika sepadan dengan warna bendalir yang bocor, anda sudah pun dapat pengesahan.

Sesetengah coolant berbau tajam seperti ethylene, dan manis seperti propylene glycol yang berbau manis. Cuba sentuh bendalir yang tumpah itu menggunakan jari (jangan bimbang, anda tidak akan cedera), dan dekatkan pada hidung untuk pastikan jika anda dapat mengesan bau serupa seperti dinyatakan. Bendalir coolant juga agak sedikit melekit pada jari.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Cecair Penyejuk @ 'Coolant' Ada Macam-Macam Warna?

CERAH ATAU MERAH JAMBU KOTOR?

tompok-minyak-2
gear-oil-leaking

Seperti dimaklumkan di atas, warna merah jambu juga boleh jadi ialah coolant enjin, boleh jadi bukan. Mungkin saja bendalir itu ialah minyak gear atau stereng kuasa (power steering) kerana kedua-dua minyak itu turut berada dalam spektrum warna merah jambu. Sama seperti minyak enjin, masa dan haba boleh menggelapkan atau mengotorkan warna dua bendalir tersebut.

JERNIH ATAU KEKUNINGAN?

minyak-brek-bocor-1
minyak-brek-bocor-2

Kebocoran minyak brek sangat berbahaya kerana sistem brek bergantung kepada tekanan hidraulik untuk mengekalkan tahap keselamatan kuasa membrek dalam sistem.

Tompokan bendalir berwarna jernih atau kekuningan berhampiran roda, dan sepanjang sisi kereta yang terletak salur brek, atau di bawah dinding yang terletak silinder induk (master cylinder) adalah masalah serius yang memerlukan anda memanggil trak tunda. Elakkan memandu sendiri ke bengkel.

Seiring usia bendalir, warna minyak brek juga boleh bertukar gelap. Jadi sentiasa peka setiap kali menilai kesan tumpahan di bawah kenderaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?

ADAKAH JERNIH?

tompok-minyak-3
air-aircond

Ada dua kemungkinan paling hampir dalam mengenal pasti jenis tumpahan bendalir jernih di bawah kereta anda. Pertama, itu cuma air buangan yang berpunca dari salur paip penyaman udara. Kedua, mungkin kebocoran petrol yang mudah dikesan menerusi bau.

Jika petrol bocor, sila hantar ke bengkel. Jangan panik, bawa bertenang!

SUMBER: AutoGuide

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, benda apa bocor, bocor, kenali jenis kebocoran, Kereta, kesan punca kebocoran bendalir, minyak enjin bocor, tahukah anda, tip automobil

Comments

  1. Fizal says

    May 27, 2020 at 1:09 AM

    Salam bang nak tanya ..baru ni tukar plug kereta
    Dari situ ada sikit berair dekat plug tp pomen ckp plug bole guna lg...tp lepas bila dikeluarkan..pomen ada ckp perlu tukar bush atau oil seal..saya x pasti sbb bila kereta x gerak ada tompokan minyak hitam dibawah ..sbb tu minyak hitam selalu kurang....apa perlu saya buat??
    Mula2 saya ingat oil filter ..tp meleset sebab lepas tukar still ada tompokan dibawah..apa perlu saya buat??

    Reply
  2. Abd moti says

    August 28, 2023 at 11:23 PM

    Minyak engin senantiasa ada di lantai

    Reply
  3. Haziq says

    August 9, 2024 at 9:33 AM

    Bang nak tanya.. kalau minyak gear tu lepas kita servis, normal ke kalau ada menitik sikit?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev