• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Jualan Perodua Naik 30 Peratus Bagi Suku Pertama 2015

BERITA AUTO: Jualan Perodua Naik 30 Peratus Bagi Suku Pertama 2015

April 27, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1220612PERODUA mencatatkan penjualan 57,200 unit kereta pada suku pertama (S1) tahun ini dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tempoh sama 2014 berikutan permintaan kukuh terhadap model terbaharunya.

Dalam pada itu, Perodua turut merekodkan jumlah jualan tertinggi iaitu sebanyak 22,500 unit pada Mac 2015.

P1230446Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan memaklumkan peningkatan jumlah jualan adalah disebabkan permintaan tinggi bagi model Axia yang menerima lebih daripada 100,000 unit tempahan sejak ia dubuka pada 15 Ogos 2014.

" Sehingga 31 Mac 2015, kami sudah menyerahkan lebih 60,000 unit Axia dan 8,400 unit Perodua Myvi kepada pelanggan.

" Selain itu, kami yakin peningkatan pada Mac juga disebabkan pelanggan mahu membeli sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," katanya.

P1270616Sementara itu, pendapatan selepas jualan Perodua turut menunjukkan peningkatan sebanyak 14 peratus kepada RM84 juta pada S1 2015 berbanding hanya RM73 juta tempoh yang sama tahun lalu. Peningkatan ini disumbangkan daripada perkhidmatan penyenggaraan dan semburan cat kenderaan.

Tahun lalu, Perodua menjual 195,600 unit kenderaan dan mencatatkan hasil RM303.4 juta  bagi operasi selepas jualan dan RM243.7 juta bagi jualan alat ganti dan aksesori.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Aminar Rashid Salleh, Jualan perodua meningkat, Pandu uji Perodua Axia Standard G, Perodua, Perodua Myvi, S1, Suku pertama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev