• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Amukan Toyota - Serentak Perkenalkan Innova 2.0X, Tambah Varian Fortuner dan Naik Taraf Hilux!

Amukan Toyota - Serentak Perkenalkan Innova 2.0X, Tambah Varian Fortuner dan Naik Taraf Hilux!

October 6, 2017 By Han Othman Leave a Comment

346
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN inilah yang dinamakan amukan hujung tahun apabila Toyota Malaysia melancarkan tiga model berbeza serentak membabitkan varian baharu Toyota Innova 2.0X, tambahan varian baharu Toyota Fortuner dan menaik taraf Toyota Hilux.

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan semua model tersebut kini boleh dilihat dan ditempah di seluruh bilik pameran Toyota seluruh negara bermula semalam.

Berikut ialah senarai harga dan ringkasan mengenai tiga model berbeza tersebut:

  • Toyota Innova 2.0X – RM132,800
  • Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4x4 – RM195,800 | Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4x2 - RM185,800
  • Toyota Hilux – daripada RM87,200 - RM130,900

TOYOTA INNNOVA 2.0X

Innova 2.0X baharu ialah varian tambahan dalam famili Innova sedia ada yang tampil dengan gaya sebuah crossover dan pada masa sama menawarkan ruang kabin luas dan fleksibel. Menerusi Innova 2.0X, Toyota memberikan lebih imej premium pada kenderaan pelbagai guna (MPV) itu seperti lampu utama LED, pakej upholsteri kulit, kerusi pemandu elektrik 8-tetapan, kerusi 'Kapten' untuk baris tempat duduk kedua, dan rim aloi besar.

toyota-innova-2.0x-6
toyota-innova-2.0x-7
Beach living on Sea view

TOYOTA FORTUNER 2.4 VRZ 4x4 & 2.4 VRZ 4x2

Fortuner pula menampilkan dua varian turbodiesel baharu, 2.4 VRZ 4x4 dan 2.4 VRZ 4x2. Sama seperti varian sedia ada - 2.7 SRZ 4x4 - dua varian baharu itu masih mengekalkan ciri sama seperti lampu utama projektor Bi-LED, kerusi kulit, dan pintu belakang elektrik termasuk ditambah ciri baharu, iaitu lampu kabus depan LED, dan kawalan jelajah.

Bagi ciri 4x4 baharu, kedua-dua varian lama dan baharu - 2.7 SRZ 4x4 dan 2.4 VRZ 4x4 - kali ini dibekalkan Kawalan Bantuan Turun Bukit (DAC). Malah, semua varian turut dinaik taraf dengan ciri brek cakera pada roda belakang.

Fortuner 2.4 VRZ & 2.7SRZ with Optional TRD Sportivo Package (Front)
Fortuner 2.7SRZ 4x4 Instrument Panel
Fortuner 2.7SRZ
toyota-fortuner-new-variant-2017-2
Fortuner 2.4 VRZ & 2.7SRZ 4x4 with Optional TRD Sportivo Package (Back)
toyota-fortuner-new-variant-2017-1
toyota-fortuner-new-variant-2017-3
toyota-fortuner-new-variant-2017-4
toyota-fortuner-new-variant-2017-5

TOYOTA HILUX

Sebagai trak pikap paling laris di Malaysia sejak 12 tahun, penambahbaikan dan naik taraf Hilux banyak bertumpu kepada aspek prestasi off-road, keselesaan dan keselamatan. Masih mengekalkan barisan famili sebelum ini dengan 6 varian ditawarkan.

Menurut Toyota, segala penambahbaikan major dalam aspek kemudahan dan keselesaan adalah berasaskan kehendak dan maklum balas pelanggan. Hasilnya ialah kehadiran ciri kawalan jelajah, penyaman udara automatik, palam mengecas USB dan ventilator tambahan di barisan tempat duduk belakang.

Toyota kali ini turut melengkapkan Hilux 2.4G transmisi manual dengan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) berserta Kawalan Bantuan Daki (HAC) dan Kawalan Traksi Aktif (A-TRC), manakala Hilux 2.8G diberikan ciri DAC yang mampu menambahkan lagi keyakinan pemanduan di laluan off-road.

Aspek keselamatan turut dipertingkat untuk varian 2.4G AT yang dibekalkan 7-beg udara.

toyota-hilux-2017-upgrade-1
toyota-hilux-2017-upgrade-2
toyota-hilux-2017-upgrade-3
toyota-hilux-2017-upgrade-4
toyota-hilux-2017-upgrade-5
toyota-hilux-2017-upgrade-6
toyota-hilux-2017-upgrade-7

WARANTI 5 TAHUN

Semua model terbaharu Toyota itu dijual bersama waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had dan tertakluk terma dan syarat (kecuali Hilux, waranti 5 tahun dan perbatuan 150,000km).

Pembeli berminat boleh mencari lokasi semua bilik pameran Toyota menerusi laman web Toyota.com.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1800-8-TOYOTA (869682).

Related

346
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Toyota, Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4x2, Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4x4, Toyota Hilux (2017), Toyota Innova 2.0X, Toyota Malaysia, UMW Toyota Motor, UMWT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev