• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Dominar 400 Sah Masuk Malaysia Tahun Hadapan - Kelajuan Maksimum 152kmj!

Modenas Dominar 400 Sah Masuk Malaysia Tahun Hadapan - Kelajuan Maksimum 152kmj!

October 2, 2017 By Abang GYL 1 Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

modenas dominar 400 MalaysiaSEBELUM ini kami pernah menyiarkan sekeping foto Dominar 400 yang dikesan sedang diuji Modenas. Motosikal naked bike itu berjaya dirakamkan Mohammad Nazri di stesen minyak Petronas dekat pekan Gurun, Kedah.

Baru-baru ini saya bersama beberapa rakan media lain dijemput Modenas untuk melawat kilang Bajaj Auto Ltd (BAL) di Pune, India. Selain melawat kilang BAL yang serba canggih, kami turut diberi peluang menunggang uji model Dominar 400 yang dijangka memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Kami juga sempat bertanya bilakah Modenas Dominar 400 (nama versi Malaysia iika sah lancar) akan diperkenalkan? Jawapan diberikan, tidak lama lagi, tunggu! Berdasarkan risikan kami, Dominar 400 bakal diperkenalkan awal tahun hadapan. Ini bermakna, suku pertama 2018 (Jan - Mac).

Ya, pihak Modenas juga sudah mengesahkan Dominar 400 bakal menjadi model penjenamaan semula (rebadged) keempat Bajaj untuk pasaran Malaysia berikutan penerimaan positif pembeli tempatan terhadap model Pulsar dan V15.

BACA >>> Bajaj Pulsar NS160 Lancar di India, harga ₹80,648 (RM5,359)

modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
Modenas Dominar 400 Malaysia_PanduLaju (16)
modenas dominar 400

ENJIN 373CC – KELAJUAN MAKSIMUM 160KMJ?

Modenas Dominar 400 ialah motosikal streetbike dengan enjin silinder tunggal bersesaran 373cc DTS-i yang turut digunakan KTM Duke 390. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, motosikal itu mampu menghasilkan kuasa 35hp pada 8,000rpm berserta tork 35Nm (6,500rpm). Pecutan 0-100kmj pula mampu dibuat sepantas 8.2 saat.

Modenas Dominar 400 juga mampu memecut pada kelajuan maksimum 160kmj berdasarkan beberapa video yang dimuat naik beberapa pengguna dalam laman perkongsian video, YouTube.

Bagaimanapun, ketika diberikan peluang melenjan Dominar 400 di litar BAL, kami hanya mampu memecut hingga 152kmj. Ini disebabkan trek lurus dalam litar berkenaan hanya sepanjang 1km, dan kami yakin jentera tersebut boleh pergi lebih pantas.

Aspek tunggangan langsung tidak jadi masalah, terutama jika anda penunggang berbadan besar dan sado seperti saya. Apa yang kami mahu katakan, Modenas Dominar 400 bakal jadi motosikal kegemaran ramai rakyat Malaysia!

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

meter modenas dominar 400
tunggang uji modenas dominar 400

HARGA SEKITAR RM18,000?

Ini soalan paling awal kami tanya? Bagaimanapun, Modenas enggan mendedahkan harga jualan, sebaliknya meminta kami buat anggaran sendiri. Ramalan kami, semestinya motodikal itu akan dijual pada harga 'tidak masuk akal'. Mungkin di bawah RM20,000 atau sekitar RM18,000, sama seperti harga mengejutkan yang diumumkan untuk Modenas Pulsar NS, RS dan V15. Jadi, memang tidak hairan jika Modenas Dominar 400 turut mengikut jejak langkah adik-adiknya.

Kepada anda yang ternanti-nanti kehadiran Modenas Dominar 400, masih sempat lagi anda menabung dengan gigih. Paling penting, dapatkan lesen B dahulu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 🙂

Kredit Foto: Hezeri Samsuri

GALERI

modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
tunggang uji modenas dominar 400
modenas dominar 400
enjin modenas dominar 400
modenas dominar 400
lampu belakang modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar d400 Malaysia
modenas dominar 400
modenas dominar 400
Harga modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
meter modenas dominar 400
lampu modenas dominar 400

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: bajaj dominar 400, bajaj dominar 400 Malaysia, Enjin Modenas Dominar 400, harga bajaj dominar 400, harga modenas dominar 400, modenas dominar 400, modenas dominar 400 malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev