• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Muat Naik Foto dengan Superbike MV Agusta, Lewis Hamilton Tukar Karier?

Muat Naik Foto dengan Superbike MV Agusta, Lewis Hamilton Tukar Karier?

October 2, 2017 By ZY 1 Comment

FacebookTwitter


HEBOH mengenai Lewis Hamilton memuat naik gambar beliau bersama sportbike merah dalam profil Twitter dengan kapsyen berbunyi 'Announcement coming tomorrow...' (Akan diumumkan esok). Menimbulkan tanda tanya, apakah ayam tambatan pasukan Mercedes AMG Petronas itu bakal menukar karier perlumbaan kereta kepada motosikal?


Berita baik buat peminat Formula Satu (F1), Hamilton sebenarnyan masih lagi bersama sukan lumba itu buat masa ini. Berita baik kepada peminat motosikal pula,  MV Agusta dengan kerjasama Hamilton baru saja melancarkan MV Agusta F4 edisi terhad - MV AGUSTA F4 LH44!

Ya, berita baik buat pengumpul motorsikal 'rare' dan 'Limited Edition' kerana superbike tersebut ditawarkan 44 unit sahaja di seluruh dunia, sekali gus meningkatkan reputasi eksklusif unit itu dengan potensi harga dijangka meningkat berkali ganda pada kemudian hari.

Sebelum berbincang soal harga lebih lanjut, kita lihat dulu apa ditawarkan edisi MV Agusta F4 edisi terhad.


Membawakan nombor perlumbaan Hamilton, iaitu 44 yang dapat dilihat pada segenap sudut jentera, sama seperti Lewis Hamilton Brutale Dragster RR edisi terhad sebelum ini yang turut dilayangkan warna merah Candy Apple Red - tampak mengghairahkan!

Enjin dan sistem supensi Ohlin turut menerima hiasan edisi terhad, dan kini didatangkan dalam warna hitam anodized menggantikan warna perak dan emas. Menambah baik lagi kosmetik dan keselesaan, bahagian pelana kini dikemaskan dengan fabrik premium Alcantara yang sememangnya tahan lasak.

lewis-hamilton-mv-agusta-f4-lh44-4
lewis-hamilton-mv-agusta-f4-lh44-3
lewis-hamilton-mv-agusta-f4-lh44-2

Tidak seperti sesetengah pengeluar yang sekadar menghasilkan unit edisi terhad dengan perubahan warna baharu, MV Agusta F4 LH44 bagaimanapun menawarkan komponen prestasi tinggi. Memang sukar dipercayai kerana superbike dalam keadaan standard pun sedia cukup berkuasa.

Menggantikan sistem ekzos 4 cabang model asal ialah titanium paip 4-1 daripada SC Exhaust, dengan padanan unit kawalan baharu, meningkatkan lagi kuasa jentera raksasa itu kepada 212hp - peningkatan sebanyak 7hp.

Menambah baik pengendalian, unit terhad MV Agusta F4 dipasang sepasang tayar Pirelli Diablo Supercosa yang juga edisi terhad untuk motosikal itu (lencana LH44 turut tertera pada dinding tayar).

Akhir sekali, tidak sah sesuatu model itu disebut sebagai edisi terhad jika harga yang ditawarkan tidak mampu membuatkan anda sakit jantung. Walaupun harga rasmi belum diumumkan, khabar angin mengatakan setiap unit terhad MV Agusta F4 LH44 ini bakal dijual pada harga €50,000-€60,000 (RM248,881 - RM298,657) yang tidak termasuk segala jenis cukai. Aduh!

Mampu tengok sahaja

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 44, brutale dragster, Edisi Terhad, Lewis Hamilton, lewis hamilton 44, lewis hamilton career, limited edition, MV Agusta, mv agusta f4, mv agusta f4 lh44, rare, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev