CITROEN Grand C4 Picasso diesel diperkenalkan pada November 2014. Sebagai peringataan, Grand C4 Picasso diesel adalah model Citroen diesel pertama dibawa masuk ke pasaran tempatan.
Tidak mengambil masa yang lama, Naza Euro Motors memperkenalkan pula Grand C4 Picasso versi petrol.
HARGA: (atas jalan termasuk insurans dan GST)
- Grand C4 Picasso Diesel - RM189,888
- Grand C4 Picasso Petrol - RM179,888
Melihat keseluruhan sosok badan Grand C4 Picasso petrol, ia adalah tampak sama seperti abangnya. Ia masih mengetengahkan imej mempesonakan selain memiliki ruangan kabin yang lebih luas.
Dari pandangan depan, ia menampilkan rekaan baharu dengan kehadiran lampu LED 3D, membuatkan ia tampak lebih bergaya dan menawan.
Tidak ketinggalan, rekaan belakang turut menerima pembaharuan. Untuk tampak lebih garang, C4 dipadankan bersama rim aloi Python bersaiz 18 inci.
Sudah pasti, ruang dalaman Grand C4 Picasso petrol menjanjikan aspek keselesaan buat pemandu dan penumpang, membuatkan seakan berada di dalam kokpit penerbangan kelas pertama. Model MPV tujuh tempat duduk ini dilengkapi kerusi depan elektrik dengan fungsi memori, urutan dan lumbar (bahagian bawah abdomen) untuk kerusi pemandu.
Antara ciri inovatif lain diperkenalkan adalah:
- Paparan dongak (head-up) berwarna di atas bilah transparen
- Butang penghidup tekan tanpa kunci (keyless)
- Sensor parkir depan dan belakang
- Brek parkir elektronik
- Pengelap automatik
- Paparan persekitran sudut pandang 360 darjah
Jika mahukan hiburan, C4 hadir dengan pelbagai ciri teknologi terkini seperti skrin sentuh tujuh inci, skrin panoramik HD 12 inci bersama sistem navigasi dan kamera undur.
PRESTASI – Berkuasa
Pernah meraih pelbagai anugerah seperti Kereta Tahunan dan MPV Terbaik daripada UK Car Of The Year, C4 petrol dijana enjin e-THP petrol bersesaran 1.6L. Hadir bantuan kotak gear transmisi automatik 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa 163hp pada 6,000rpm dan tork puncak setinggi 240Nm (1,400rpm).
Dengan kelajuan maksimum 201kmj, catatan dari sifar ke 100kmj hanya mengambil masa sepantas 8.7 saat. Penggunaan bahan api pula adalah 5.8L per 100km, manakala emisi CO2 dihadkan kepada 129g per km.
Aspek keselamatan, C4 hadir bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek Elektronik (EBA). Sistem ‘Blind Spot’ dan Sistem Amaran Garisan.
Hadir bersama jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, Citroen Grand C4 picasso menawarkan empat pilihan warna menarik iaitu, Noir Onyx (hitam) , Blanc Banquise (putih) , Blue Teles (biru) dan Rouge Babylone (merah).
SPESIFIKASI
CITROEN GRAND C4 PICASSO PETROL
ENJIN e-THP Petrol bersesaran 1.6L
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 163hp@6,000rpm
TORK MAKSIMUM 240Nm@1,400rpm
HARGA RM179,888 (atas jalan termasuk insurans dan GST)
SPESIFIKASI
CITROEN GRAND C4 PICASSO DIESEL
ENJIN e-HDI diesel bersesaran 2.0L
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 148hp@4,000rpm
TORK MAKSIMUM 370Nm@2,000rpm
HARGA RM189,888 (atas jalan termasuk insurans dan GST)
Leave a Reply