• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selamat Tinggal F1 Sepang, Red Bull Racing Kuasai Podium dalam F1NALE Bersejarah

Selamat Tinggal F1 Sepang, Red Bull Racing Kuasai Podium dalam F1NALE Bersejarah

October 2, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter


PERLUMBAAN terakhir Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) atau F1NALE seakan berlangsung dalam keadaan protes. Serba-serbi semacam tidak kena dengan penutup longkang tercabut, perlumbaan kedua F4 yang gagal ditamatkan akibat jentera kehabisan minyak dan kegagalan Kimi Räikkönen memulakan perlumbaan.

Sebastien Vettel pula terlibat dalam kemalangan aneh selepas perlumbaan tamat. Menariknya, dia berjaya mendaki 16 tempat untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Apapun, perlumbaan terakhir F1 sudah pun tamat dan podium dikuasai Red Bull Racing. Tempat pertama dimenangi Max Verstappen dan kemenangan tersebut dianggap sesuatu yang istimewa kerana kebetulan pelumba itu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20 pada Sabtu lalu. Malah, inilah podium pertama kali kedua buat pelumba muda berasal Belanda itu selepas menjadi juara Grand Prix (GP) Sepanyol pada 2016.

Verstappen bermula di petak ketiga selepas Räikkönen gagal berlumba dan berjaya mengekang kemaraan di selekoh pertama. Dia kemudian berjaya memintas pendahulu saingan, Lewis Hamilton di selekoh keempat dan terus memandu cemerlang hingga melepasi bendera penamat.

Lebih membanggakan Red Bull Racing, seorang lagi pelumba pasukan itu, Daniel Ricciardo menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, sekali gus mendominasi podium. Pelumba dari Australia itu menduduki podium kelapan pada musim ini dengan mempamerkan skil bertahan yang baik dari asakan Vettel.

Sejarah F1 di SIC sudah pun berakhir dan terima kasih kepada Kerajaan dan penganjur kerana membawakan sukan lumba ini kepada negara dan rakyat. Terima kasih juga kepada mereka yang berada di belakang tabir. Sesuatu yang tidak terjangka bermula 1999 hingga berakhir tahun ini. Apapun, Malaysia boleh!

F1 di Sepang pada 2017
Kredit: Getty Images / Red Bull Content Pool
Kredit: Getty Images / Red Bull Content Pool
F1 di Sepang pada 2017
Kredit: Getty Images / Red Bull Content Pool
Kredit: Getty Images / Red Bull Content Pool
Kredit: Daimler
Kredit: Daimler
Kredit: Daimler
Kredit: Daimler

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: F1, F1NALE, Formula Satu (F1), GP Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia, Max Verstappen, Red Bull Racing, SIC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev