• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Kempen Keselamatan Nissan 2015

BERITA AUTO: Kempen Keselamatan Nissan 2015

April 21, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Kempen Keselamatan Nissan 2015 - Pandulaju.comSEBAGAI sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial terhadap orang awam dan pelanggannya, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Kempen Keselamatan Nissan 2015 di LEGOLAND® Malaysia Resort

Dengan matlamat mahu meningkatkan lagi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran-kemahiran penting berkaitan keselamatan jalan raya, kempen tersebut akan memberi fokus untuk mendidik kanak-kanak serta orang dewasa.

Sepanjang kempen itu, dua program yang terdiri daripada Karnival Keselamatan Kanak-kanak ‘Program Keselamatan Pertama Saya dengan Nissan’ dan Pengalaman Pemanduan Selamat akan dijalankan.

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng, maklum balas yang diterima ETCM terhadap kempen keselamatan sebelum ini cukup memberangsangkan dan dengan itu pihaknya meneruskannya pada tahun ini.

Tambah Ang lagi, pihaknya pada tahun ini akan lebih memberi fokus untuk mendidik generasi muda dengan pengetahuan asas keselamatan menerusi aktiviti-aktiviti yang kreatif dan menyeronokkan. Tambahan, mereka adalah harapan masa depan negara.

Sepanjang temph kempen itu, karnival Keselamatan Kanak-kanak 2015 akan dikendalikan oleh Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, Kapten K. Balasupramaniam.Kempen Keselamatan Nissan 2015 - Pandulaju.com

Kempen Keselamatan Nissan 2015 - Pandulaju.com    Kempen Keselamatan Nissan 2015 - Pandulaju.com

Selain itu, ETCM menambah satu lagi inisiatif baharu yang dikenali sebagai ‘Menyelamatkan Diri daripada Kebakaran’. Ia memberi fokus untuk mendidik para peserta bagaimana untuk menangani kebakaran dengan selamat serta kemahiran ikhtiar hidup pada waktu kecemasan.

Jadual Kempen Keselamatan Nissan 2015:

BengkelBengkel Keselamatan Kanak KanakProgram PemanduanSelamat
Tarikh 18 Apr (Sat)9 Mei (Sat)23 Mei (Sat)13 Jun (Sat)15 Ogos (Sat)22 Ogos (Sat)15 Sept (Sat)
Wilayah SelatanUtara TimurTengahSabahSarawakTengah
VenueLegoland, JohorETCM Bayan LepasETCM KuantanETCM GlenmarieETCM Kota KinabaluETCM KuchingTBC
Yuran PendaftaranPercumaTBC

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Dr. Ang Bon Beng, Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Kapten K. Balasupramaniam, Kempen Keselamatan Nissan 2015, LEGOLAND® Malaysia Resort, Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev