• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Perkenal Teknologi Kesan-Peluh, Atasi Masalah Pemandu Kurang Minum Air

Nissan Perkenal Teknologi Kesan-Peluh, Atasi Masalah Pemandu Kurang Minum Air

October 1, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-BARU ini hangat pasal isu pesta bir. Pelbagai hujah dikeluarkan, tetapi apa yang pasti memandu mabuk dengan peratusan alkohol tertentu berisiko membawa padah. Malah di Barat, memandu sambil minum arak boleh dikenakan hukuman penjara seperti insiden menimpa pemain bola sepak terkenal, Wayne Rooney.

Ini pula kempen minum air kosong dianjurkan Nissan yang mendakwa walaupun kajian tentang bahaya memandu mabuk banyak dilakukan, tetapi kajian tentang tahap dehidrasi ketika memandu sangat sedikit. Faktanya, fokus pemandu yang dehidrasi atau minum air adalah menyamai pemandu yang sedang mabuk. Mengejutkan bukan?

Kajian1 Universiti Loughborough pada 2015 dengan tajaan Institut Hidrasi Eropah (EHI) mendapati:

  • Pemandu yang kurang minum air (25ml setiap jam) cenderung melakukan kesilapan dua kali ganda ketika memandu berbanding mereka yang cukup minum air.
  • Kesalahan itu bersamaan dengan pemandu mabuk dengan kandungan alkohol dalam darah sebanyak 0.08 peratus, iaitu had dibenarkan memandu di Britain.
  • Antara kesilapan dibuat ialah lambat membrek, tersasar dari selekoh dan melangkaui garisan jalan.

Kajian juga mendapati dua per tiga pemandu gagal mengecam simptom dehidrasi seperti keletihan, pening, sakit kepala, mulut kering dan tindak balas yang perlahan.2 Jadi, dengan hanya sentiasa minum air, pemandu dapat mengelak diri daripada risiko dehidrasi.

Kajian3 lain daripada dua universiti pada 2013 mendapati mereka yang minum air 0.473 liter sebelum melakukan sebarang tugas membabitkan mental mempunyai tindak balas 14 peratus lebih pantas berbanding mereka yang langsung tidak minum air.

PENYELESAIAN INOVATIF

Kini, bagi mengatasi masalah pemandu dehidrasi, Nissan menghasilkan satu penyelesaian inovatif menerusi kerjasama dengan syarikat rekabentuk Belanda, Droog. Apa dilakukan adalah membangunkan teknologi  kesan-peluh yang dipanggil 'SOAK' dengan memasang pada stereng dan kerusi depan untuk memberi amaran kepada pemandu jika mereka perlu minum lebih air.

SOAK berfungsi dengan cara mudah dengan menukar warna apabila mengesan peluh pada tangan atau baju. Jika kurang air, teknologi itu akan bertukar kepada kuning, dan apabila air mencukupi, warna akan bertukar biru. Hebat bukan? Teknologi SOAK ialah idea asal pereka dan penyelidik Droog, Paulien Routs.

Bagaimanapun, walaupun menjadi Juke sebagai model demonstrasi, Nissan buat masa ini, tiada rancangan untuk mengimplementasikan teknologi berkenaan pada kenderaan mereka. Apapun, rekacipta itu memang idea hebat!

Related

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Droog, Nissan, Nissan Juke, Roda4, SOAK, teknologi kesan peluh Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev