• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 38 Foto Honda Civic Type-R (2017) Ini Pasti Buat Anda Terliur!!!

38 Foto Honda Civic Type-R (2017) Ini Pasti Buat Anda Terliur!!!

September 30, 2017 By Abang GYL 2 Comments

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL idaman ramai, Honda Civic Type-R (2017) sah masuk pasaran Malaysia dan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Berita sensasi itu disahkan sendiri Honda Malaysia, disusuli pengumuman tempahan dibuka kepada peminat-peminat jentera ikonik itu di Malaysia.

Bukan itu saja, Civic Type-R (2017) turut membuat penampilan sulung di Malaysia bersempena Grand Prix Formula Satu (F1) hingga 1 Oktober ini. Apa yang pasti, kehadiran Civic Type-R (2017) meletakkan jentera tersebut sebagai model Honda paling berkuasa pernah diperkenalkan Honda Malaysia dalam barisan model-model sedia ada.

ENJIN 2.0L TURBO, 305HP, 400NM

Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia

Dari aspek mekanikal, Civic Type-R (2017) dipadankan enjin 2.0L VTEC pengecas turbo berkuasa 305hp dan tork 400Nm bersama padanan transmisi manual 6-kelajuan. Pemanduan lebih menyeronokkan dengan tiga opsyen mod pemanduan - COMFORT, SPORT dan +R.

Malah pada awal April lalu, Civic Type-R mencatatkan rekod sebagai kereta pengeluaran pacuan roda depan (FWD) paling pantas di dunia dengan rekod masa 7 minit 43.80 saat di Litar Nurburgring, Jerman.

BACA >>> Bau Kedai Belum Hilang, Tetapi Honda Civic Type-R Milik Lelaki Ini Kemalangan

REKABENTUK 'AWESOME'

Aspek rekabentuk, sesiapa saja pasti jatuh cinta sebaik melihat Civic Type-R (2017). Rekabentuk dibina berasaskan platform Civic hatchback dengan frem badan rigid tinggi, meningkat 38 peratus dari segi ketegaran berbanding generasi terdahulu (pasaran Eropah).

Hatchback berkuasa ini lebih tampak garang dengan rim aloi aluminium 20-inci bersama brek Brembo untuk mencapai kualiti sistem brek yang lasak dan responsif.

BACA >>> Honda Civic Hatchback 1.5L Turbo - Kami Mahu Model Ini Masuk Malaysia!!!

BERAPA HARGA?

Buat masa ini Honda Malaysia belum mendedahkan harga jualan. Namun, kami menganggarkan harga jualan Civic Type-R adalah sekitar RM250,000 hingga RM300,000.

Jadi, buat peminat Honda yang memang ternanti-nanti kehadiran Civic Type-R (2017), anda masih sempat lagi menabung untuk merealisasikan impian suci tersebut. Mungkin juga sudah sampai masa anda berbisik di telinga isteri supaya dikejutkan dengan sebuah Honda Civic Type-R (2017) sebagai hadiah hari jadi ataupun ulang tahun perkahwinan.

Sekarang, jom kita layan bebebapa foto Civic Type-R (2017) yang kami sempat rakam di Litar Antarabangsa Sepang tadi.

GALERI

Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
RIm Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Harga Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type R 2017 Malaysia
Honda Civic Type-R 2017

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Enjin Honda Civic Type R 2017, Foto Honda Civic Type R 2017 Malaysia, gambar Honda Civic Type R 2017 Malaysia, Harga Honda Civic Type R 2017 Malaysia, hatchback, Honda Civic Type R Malaysia, Honda Civic Type-R 2017, Honda Civic Type-R 2017 Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my