SIAPA sangka dalam diam-diam Honda Malaysia hari ini mengumumkan membuka tempahan Civic Type R Serba Baharu kepada peminat-peminatnya di Malaysia dan hatchback itu kini boleh ditatap sepuasnya bermula 29 September hingga 1 Oktober ini di Litar Antarabangsa Sepang bersempena Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia.
Kehadiran Civic Type R Serba Baharu itu meletakkan jentera tersebut sebagai model Honda paling berkuasa pernah diperkenalkan Honda Malaysia dalam barisan model-model sedia ada. Mari kita imbas sepintas lalu kehebatan Civic Type R Serba Baharu ini:
BACA >>> 13 Foto Rasmi Honda Civic Type R (2017) dengan Spesifikasi Asas
- Pada awal April tahun ini, Civic Type R mencatatkan rekod sebagai kereta pengeluaran pacuan roda depan (FWD) paling pantas di dunia dengan rekod masa 7 minit 43.80 saat di Litar Nurburgring, Jerman.
- Sejak diperkenalkan pertama kali pada 1992, jenama Type R cukup ikonik dalam kejuruteraan Honda dengan mengumpul begitu banyak peminat fanatik serata dunia.
- Karakteristik dan pembangunan Type R sentiasa menumpukan kepada prestasi dinamik, profil badan ringan dan talaan mekanikal ringkas.
- Civic Type R serba baharu tampil dengan penambahbaikan aspek aerodinamik bersama prestasi hebat dan kestabilan cemerlang berbanding generasi terdahulu (pasaran Eropah).
- Menyediakan pakej terbaik dalam kelas, prestasi berkuasa tinggi atas jalan dan trek lumba, serta mampu memenuhi keperluan pemanduan harian.
- Memiliki rekabentuk badan sebuah jentera perlumbaan paling sempurna dengan tampil rendah dan lebar. Tirai udara pada bampar depan, sil sisi dan seksyen spoiler di belakang memberikan prestasi aerodinamik berkelajuan tinggi terbaik.
BACA >>> #GIMS2017: Lagi Foto 'Real' Honda Civic Type R (2017) Berkuasa 316hp!
- Rekabentuk Civic Type R serba baharu dibina berasaskan platform Civic hatchback dengan frem badan rigid tinggi, meningkat 38 peratus dari segi ketegaran berbanding generasi terdahulu (pasaran Eropah).
- Dijana enjin 2.0-liter VTEC pengecas turbo berkuasa 305hp (310ps) dan tork 400Nm bersama padanan transmisi manual 6-kelajuan.
- Menawarkan opsyen 3 mod pemanduan - COMFORT, SPORT dan +R.
- Pemilihan mod pemanduan akan mengubah tetapan komponen menerusi kawalan Sistem Peredam Adaptif (ADS), terotel Drive-by-Wire (DBW), Stereng Kuasa Elektronik (EPS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), sistem traksi dan brek.
- Setiap mod pemanduan memberi peluang kepada pemandu merasai keseimbangan pemanduan dan pengendalian berbeza.
BACA >>> Bau Kedai Belum Hilang, Tetapi Honda Civic Type R Milik Lelaki Ini Kemalangan
- Pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) Honda turut membangunkan Sistem Ekzos 3-Tetapan bagi menghasilkan bunyi ekzos sempurna yang pada masa sama mengurangkan bunyi kurang menyenangkan.
- Menggunakan rim aloi aluminium 20-inci.
- Didatangkan dengan brek BREMBO untuk mencapai kualiti sistem brek yang lasak dan responsif.
- Salur penyejukan pada bampar depan memberikan ruang kemasukan udara bersih untuk penyejukan udara efisien dan meningkatkan prestasi pembrekan pada kelajuan tinggi.
- Civic Type R serba baharu versi Malaysia dipasang di kilang Honda di Swindon, Britain, manakala enjin dihasilkan di Anna, Ohio di Amerika Syarikat.
- Civic Type R serba baharu turut dipamerkan bersama Jazz Hybrid Mugen, Civic 1.5L Turbocharged, dan CR-V serba baharu, di Mall Area, Litar Antarabangsa Sepang bermula 29 September (hari ini) - 1 Oktober 2017.
- Pembeli Malaysia yang berminat boleh membuat tempahan Civic Type R serba baharu bermula 1 Oktober ini atau selepas tarikh tersebut di 21 Pengedar Sport Honda terpilih (rujuk gambarajah jadual diberikan).
- Sebarang maklumat lanjut tentang Civic Type R serba baharu boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari honda.com.my.
Mohd Radzy says
Berapa harga kereta skg.