• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 250 Duke dan 390 Duke (2017) Kini di Malaysia - Harga Bermula RM21,730 - RM28,800

KTM 250 Duke dan 390 Duke (2017) Kini di Malaysia - Harga Bermula RM21,730 - RM28,800

September 26, 2017 By ZY 5 Comments

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KTM Duke 2017 MalaysiaSELEPAS hampir 7 bulan menunggu sejak diumumkan di India awal tahun ini, kini peminat streetbike KTM boleh menarik nafas lega apabila versi terkini KTM 250 Duke & 390 Duke (2017) secara rasmi dilancarkan pengedar KTM CKD Malaysia, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd di One City Mall, USJ, sebentar tadi.

HARGA

  • KTM 250 Duke (2017) - RM21,730
  • KTM 390 Duke (2017) - RM28,800

* Harga atas jalan termasuk GST

Melihat harga jualan, ada peningkatan berbanding model lama, yang mana 250 Duke versi terdahulu dijual pada harga RM17,000, manakala 390 Duke pula RM21,000. Namun, perlu diingat, 250 Duke (2017) dan 390 Duke (2017) dilengkapkan dengan pelbagai pembaharuan, terutama rekabentuk yang cukup mengancam.

1. KTM 390 DUKE (2017)


Model KTM 390 Duke (2017) pertama kali dipamerkan pada Pameran Motor Milan (EICMA) 2016 dengan menampilkan imej agresif menerusi segudang ciri serba baharu. Paling menarik perhatian ialah rekabentuk badan yang mirip abang besarnya, KTM 1290 Superduke dengan rekaan lampu depan diasingkan kepada dua.

Perubahan paling ketar a seterusnya ialah pada panel instrumentasi, kini menawarkan paparan meter TFT LCD serta sokongan pilihan mod tunggangan. Selain itu bahagian frem juga mengalami sedikit perubahan bagi menambah baik pengendalian prestasi jentera tersebut. Bahagian enjin masih kekal sama, yakni 373cc silinder tunggal tetapi telah ditala untuk lebih tork, 37Nm berbanding 35Nm model terdahulu sementara kuasa masih dikekalkan pada 44hp.

BACA>>> #EICMA2016: KTM 390 Duke Kini Lebih Mengancam dan Terkini

2. KTM 250 DUKE 2017

Berbanding 390 Duke, lampu depan 250 Duke 2017 tiada ciri LED, dan tidak dilengkapi skrin TFT bagi mengurangkan kos. Dijana enjin 250cc silinder tunggal dengan penyejukan cecair, motosikal ini berupaya menghasilkan kuasa 29.5hp dan tork 24Nm. Frem bagaimana pun menerima perubahan sama dengan 390 Duke 2017 tadi, cuma dengan  brek cakera depan sedikit kecil berukuran 300mm.

BERBALOI?

Walaupun tempoh jaminan selama 2 tahun cukup panjang (tanpa mengira jarak perbatuan),  persoalannya apakah masih berbaloi memiliki KTM 250 Duke (2017) dan 390 Duke (2017) dengan harga seperti ditawarkan? Apa kata tunggu liputan tunggang uji kami tidak lama lagi.

GALERI

KTM 390 Duke 2017 Malaysia
KTM 250 Duke Malaysia
ktm-250-duke-2017-2
KTM 390 DUKE MY2017_front le
KTM 390 Duke
ktm-200-duke-2017-3
ktm-1290-super-duke-r-2880x1800-2017-hd-3684
ktm-250-duke-2017
KTM Duke 2017_PanduLaju (2)
170628_KTM 250 DUKE Orange ABS Front Right MY 2017
2017-ktm-duke-390-front-three-quarters-right-side
2017-ktm-duke-390-instrument-panel-and-handlebar
2017-ktm-390-duke-tft-instrument
2017-ktm-duke-390-front-three-quarters
2017-ktm-duke-390-rear-three-quarters-standstill
KTM Duke 2017_PanduLaju (3)
KTM Duke 2017 Malaysia
2017-ktm-duke-390-official-image-2
ktm-200-duke-2017-2
KTM-390-Duke-MY17_Action-02
KTM Duke 2017_PanduLaju (1)
ktm duke (3)
2017-ktm-duke-390-meter
KTM 390 Duke 2017
KTM 390 Duke MY17_Action 02
ktm-200-duke-2017
KTM 390 Duke
KTM 390 Duke
2017-ktm-duke-390-rear-three-quarters-cornering
ktm 250 duke 2017
2017-ktm-390-duke-corner

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Harga KTM Duke 250 2017, Harga KTM Duke 390 2017, KTM Duke 250 & Duke 390 2017, KTM Duke 250 2017, KTM Duke 250 2017 Malaysia, KTM Duke 390 (2017), KTM Duke 390 2017 Malaysia, ktm malaysia, roda2, streetbike

Comments

  1. baharudin ismail says

    November 20, 2017 at 9:47 AM

    saya berminat ktm duke 250cc. berapa harga terkini...bayaran pendahuluan dan anggaran ansuran bulanan.
    kat mana saya boleh pergi show room dealer kat bandar kl ni.

    Reply
    • M rizal says

      March 5, 2018 at 10:22 PM

      Sy berminat ktm 390..brapa pembayaraan pndahuluan..&brapa byaran ancuran bulanan

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev