• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru WRX STI S208 Bakal Debut di Pameran Motor Tokyo 2017, Dijual 450 Unit Sahaja

Subaru WRX STI S208 Bakal Debut di Pameran Motor Tokyo 2017, Dijual 450 Unit Sahaja

September 26, 2017 By Han Othman Leave a Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBARU WRX STI S208 bakal debut sempena Pameran Motor Tokyo 2017, bulan hadapan sebagai versi S207 yang dinaik taraf. Subaru turut berkongsi beberapa foto imej sedan tersebut yang tampak mengancam. S207 (2015), ialah sub model WRX STI versi prestasi tinggi yang dihasilkan dalam jumlah pengeluaran terhad, yakni 400 unit sahaja.

Jadi, S208 ialah versi S207 yang diberikan lebih perencah dan perasa. Menurut Subaru, S208 akan menampilkan bumbung gentian karbon dan lonjakan kuasa baharu yang pastinya menambah baik aspek pengendalian dan pecutan. Bunyinya seakan Type RA yang diperkenalkan di Amerika sempena meraikan rekod kereta penumpang paling pantas di Nurbugring.

BACA >>> Subaru WRX STI Type RA NBR Special - Kereta Penumpang Terpantas di Nürburgring

S208 dijana enjin boxer 2.5L pengecas turbo yang dinaik taraf daripada 305hp kepada 310hp. Mengambil kira model terdahulu, S207 yang mampu dilonjakkan sekuat 328hp, dorongan kuasa sama juga bakal dinikmati S208. Buat peminat WRX STI, cuma 450 unit ditawarkan secara eksklusif di Jepun, manakala spesifikasi penuh model berkenaan akan didedahkan pada 25 Oktober ini.

BACA >>> Subaru WRX & WRX STI (2018) - Prestasi Dipertingkat, Rupa Lebih Segar

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta, Pameran Motor Tokyo 2017, Roda4, Sedan, Subaru, Subaru WRX STI, Subaru WRX STI S208

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my