• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha XSR700 Sport Heritage (2018) - Roadster Retro dengan Falsafah 'Faster Sons'

Yamaha XSR700 Sport Heritage (2018) - Roadster Retro dengan Falsafah 'Faster Sons'

September 23, 2017 By Aryon Leave a Comment

438
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Amerika Syarikat (AS) memperkenal model baharu XSR700 Sport Heritage motorcycle sempena AIMExpo 2017 di Columbus, Ohio, minggu ini.  Dua model itu ialah sebahagian daripada barisan Yamaha 2018, termasuk pengenalan model Star Eluder, Star Venture dan YZ450 yang diperkenalkan awal September lalu.

Menamplkan enjin silinder kembar sebaris 689cc dengan aci engkol 270° Crossplane Concept, dan casis sporty untuk pengendalian lincah bersama ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), XSR700 mengadunkan fungsi dan prestasi moden dengan inspirasi gaya daripada warisan legasi Yamaha.

FALSAFAH 'FASTER SONS'

yamaha-xsr-700-sport-heritage-2018-22
yamaha-xsr-700-sport-heritage-2018-21
yamaha-xsr-700-sport-heritage-2018-20
yamaha-xsr-700-sport-heritage-2018-19

Berasaskan legasi masa lalu, penampilan XSR700 memberi gambaran tentang rekabentuk tradisional Yamaha tanpa mengetepikan aspek prestasi. Falsafah 'Faster Sons' yang terkandung dalam motosikal Sport Heritage menggabungkan gaya masa lalu dengan teknolosi hari ini untuk menghasilkan karakter sebenar yang tidak mengabaikan kemampuan tunggangan.

XSR700 ialah model terkini dalam barisan famili Sport Heritage yang digayakan dengan imej retro jalanan, dan kasual. Sebagai tribut kepada model asal dengan rekaan minimalis dan penuh inspirasi, Yamaha XS650,  model baharu kali ini menampilkan adunan sempurna gaya malar segar, teknologi moden, dan pengalaman tunggangan beremosi.

PENUH KARAKTERISTIK

yamaha-xsr-700-sport-heritage-2018-16
yamaha-xsr-700-sport-heritage-2018-17
yamaha-xsr-700-sport-heritage-2018-13

Segalanya dapat dirasai menerusi beberapa ciri penting seperti pelana dua-tahap disulam, dan lampu utama bulat old-school. Bersama komponen aluminium, rekaan badan retro berserta fender belakang dan belakang ringkas nyata menyerlahkan karakater vintaj sebenar XSR700.  Malah, panel tangki aluminium dan sub-frem belakang boleh ditanggalkan untuk kerja-kerja ubah suai.

Aci engkol 270° Crossplane Concept memberikan XSR700 karakteristik kuasa unik dengan tork hebat bersama transmisi 6-kelajuan, komponen suspensi moden, rim aluminium ringan, brek ABS berkuasa dan abiliti kontemporari yang sedia diwarisi turun-temurun.

Turut disediakan instrumen LCD, posisi duduk tegak yang selesa, berat basah 186kg dan tahap ekonomi bahan api 58 batu per gelen (mpg) atau 24.65km per liter. XSR700 boleh didapati dalam warna Matte Gray/Aluminium (kelabu) dan Raspberry Metallic (merah) dan akan dijual seluruh Amerika pada harga AS$8,499 (RM35,517), Oktober ini.

GALERI

Related

438
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal, roda2, Yamaha, Yamaha Amerika Syarikat, Yamaha USA, Yamaha XSR700 Sport Heritage

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev