INILAH masa dinanti-nanti. Mohd Fadly Mohd Zerain dipilih sebagai pemenang utama cabutan bertuah Art Of Speed 2017 dengan membawa pulang Yamaha RX-Z TwinBoss. Mohd Fadly adalah antara puluhan ribu pengunjung bertuah terpilih yang berjaya menewaskan dua lagi finalis, sekali gus menobatkan dia sebagai pemenang utama Art Of Speed 2017.
2 ENJIN
Yamaha RX-Z TwinBoss dipadankan dua unit enjin bersama kotak gear 6-kelajuan. Kedua-dua enjin bergabung tenaga menggunakan pacuan primari dan final bersama gear enjin belakang. Bahagian casis dibuat daripada dua keping besi dengan ketebalan 12.75mm yang bertindak sebagai penyangga enjin dan lengan ayun rigid.
Bahagian badan pula cuma menggunakan sekeping aluminium yang menggabungkan tangki minyak, tempat duduk dan fender belakang. Kemudian besi itu dipotong menggunakan jet air CNC berasaskan pelan yang dirangka menggunakan perisian rekabentuk komputer, Catia. Suspensi belakang jenis rigid, manakala depan menggunakan fork. Bagi mendapatkan lebih prestasi mengagumkan, Yamaha RX-Z TwinBoss itu menggunakan ekzos kustom jenama BOSS.
BACA >>> #Videotomotif: Mari Kita Dengar Bunyi Ekzos Yamaha RX-Z TwinBoss
100 PERATUS DIBIKIN ANAK TEMPATAN
Paling penting, semua pembinaan Yamaha RX-Z TwinBoss dibikin sendiri anak tempatan, Irwan Cheng dari bengkel FNG Work di Ipoh dengan kerjasama Beautiful Machines (Bandar Sunway, Selangor). Sebagai makluman juga, motosikal dimenangi anak muda dari Puncak Alam itu bukan untuk kegunaan atas jalan raya.
Kepada mereka yang mengecam Yamaha RX-Z TwinBoss sambil mendakwa motosikal tersebut cuma hiasan, replika dan langsung tidak boleh bergerak, anda silap! Ini kerana enjin motosikal berkenaan memang boleh dihidupkan dan bergerak seperti kenderaan lain biasa.
Syabas dan tahniah bro!!!
Leave a Reply