• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Pusat Servis Teknikal VW Dilancarkan

BERITA AUTO: Pusat Servis Teknikal VW Dilancarkan

April 14, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

VW Technical Service CentreCERGAZ Autohaus, pengedar sah kenderaan Volkswagen Malaysia melancarkan Pusat Servis Teknikal Volkswagen, yang juga pertama di Malaysia.

Pusat yang terletak di Jalan Sungai Penchala, Taman Tun Dr. Ismail itu bakal bertindak pusat penjagaan pakar untuk proses pembaikan dan perkhidmatan selepas jualan. Ia dilengkapi peralatan-peralatan diagnostik tercanggih dan dikendalikan oleh mekanik terlatih yang beroperasi di bawah seliaan jurutera Pakar daripada Volkswagen.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, pembukaan Pusat Servis Teknikal Volkswagen baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Volkswagen Malaysia untuk menawarkan khidmat selepas jualan bertaraf dunia di Malaysia. Ia juga selari dengan janji kami untuk ‘Sentiasa Berada di Sisi Anda’.

“ Pasukan pakar dan peralatan tercanggih yang ada di pusat ini yakin mampu menangani apa jua isu dengan pantas serta efektif. Ia mampu menawarkan tahap perkhidmatan selepas jualan yang tiada tandingannya,” katanya.

IMG_8840Pusat Servis Teknikal Volkswagen dilengkapi 10 ruang pembaikan dan kawasan tambahan untuk 30 buah kenderaanserta mampu menyenggara sehingga 7,000 unit kereta setahun. Setiap kenderaan pula dapat dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Volkswagen Malaysia di talian Tol Percuma: 1800-88-8947.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Armin Keller, Cergaz Autohaus, Pusat Servis Teknikal Volkswagen, Volkswagen Group Malaysia, Volkswagen Malaysia, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev