• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Tukar Yamaha FZ150i Jadi Sportbike, Streetfighter dan Cafe Racer!

#BikinMotor: Tukar Yamaha FZ150i Jadi Sportbike, Streetfighter dan Cafe Racer!

September 21, 2017 By ZY 8 Comments

9.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEDAR tidak sedar, sejak dilancarkan Januari 2008, kini sudah lebih 10 tahun streetbike Yamaha FZ150i berada di pasaran tempatan. Dan kelibat jentera itu masih banyak kelihatan, terutama pagi ketika warga Malaysia berpusu-pusu ke pejabat mencari rezeki.

Dengan enjin 150cc, 4-lejang, kapasiti tangki bahan api besar dan kos 'membela' yang tidak jauh berbeza dengan moped dan kapcai, menjadikan streetbike sulung Yamaha itu sebagai pilihan golongan penunggang yang mahukan sebuah motosikal praktikal, tanpa terlalu cerewetkan rupa.

BACA >>> 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia

Namun, itu tidak bermakna pemilik FZ150i sudah berpuas hati. Apatah lagi sepanjang tempoh sedekad lalu, tidak banyak perubahan besar ditampilkan Yamaha terhadap gaya dan rekaan motosikal tersebut. Apa yang ada cuma rekaan lampu berlian atau diamond, dan versi dipertingkat (facelift) 2014 dengan menampilkan beberapa pembaharuan.

Namun, masih ada banyak sudut yang boleh disentuh untuk kerja modifikasi dan penambahbaikan, terutama dari segi visual. Sememangnya, ruang ditinggalkan itu cukup besar untuk dieksploitasi kepada rekabentuk dan gaya berbeza, sekali gus menutup imej naked asal jentera berkenaan.

Jika anda salah seorang pemilik FZ150i yang sudah bosan, dan mahu menyerlahkan seri jentera kesayangan itu, di bawah ini kami hidangkan tiga pilihan modifikasi dan foto transformasi gaya yang boleh dijadikan ilham.

1. SPORTBIKE

Walaupun enjin 150cc saja, R15 v2 lebih garang daripada abangnya R25

Masih ada belum tahu, enjin dan frem Yamaha FZ150i turut dipasarkan dalam bentuk sportbike melalui model YZF-R15 untuk pasaran India (disusuli Indonesia), dan YZF-R125 untuk pasaran Eropah. Jadi, memang tidak timbul soal 'acah-acah superbike' apabila jentera itu disarungkan fairing. Pedulikan sindiran penunggang lain dan maafkan saja mereka kerana tidak tahu bahawa enjin dan frem motosikal anda itu sememangnya sesuai untuk tunggangan sporty.

Buat mereka yang mahu menyumpah FZ150i kepada jentera ala sportbike, tahukah anda pilihan rekabentuk sedia ada memang banyak. Baik R15 versi terdahulu hingga versi ketiga (paling terkini). Fairing dan aksesori serta komponen ori seperti meter, alas pemijak dan lengan ayun R15 boleh dibeli daripada penjual atau pengedar.

Terpulanglah sama ada mahu ubah sedikit demi sedikit, atau sekali harung. Maklumlah kos komponen dan pemasangan boleh mencecah daripada ratusan hingga ribuan ringgit. Hasilnya tidak perlu dipertikai. Rekaan DNA sportbike Yamaha sememangnya cukup menggiurkan.

yamaha fz r15 v2
yamaha fz r15 v1
yamaha r15 v2 variant 1 v1
Yamaha r15 modi 1
Yamaha r15 modi 2
Yamaha r15 modi 3

2. STRETFIGHTER

Yamaha TFX150 di Vietnam. Garang tak?

Modifikasi streetfighter adalah antara pilihan popular dan menjimatkan. Walaupun anda boleh mengambil ilham streetfighter Yamaha M-Slaz (untuk pasaran Thailand sahaja, Xabre di Indonesia dan TFX150 di Vietnam), pengubahsuaian penuh kepada model-model tersebut masih sukar dilakukan kerana rekaan dan susun atur komponen berbeza. Justeru, motosikal anda memerlukan sentuhan kreativiti si pemilik dan mekanik supaya dapat hasil yang bukan saja unik, tetapi membanggakan.


Lihatlah FZ150i milik saudara Jamal ini sebagai contoh. Memang cukup unik apabila dia dengan berani menggabungkan pelbagai komponen asal motosikal berbeza seperti:

  • Meter, tapak pemijak, set belakang dan lengan ayun Yamaha R15 v2.
  • Skup udara Kawasaki z250SL.
  • Lampu depan Demak Skyline.

Selebihnya ialah komponen aftermarket seperti fork terbalik, penutup tangki (tank condom) dan penutup frem (deltabox cover) dikenakan untuk penampilan lebih gagah. Walaupun FZ150i milik Jamal ialah versi awal tanpa brek cakera belakang, anak muda itu tidak menunggu masa lama untuk menyarungkan roda belakang dengan set rim sport lebar bersama brek cakera demi menyempurnakan transformasi ulung menjadi sebuah jentera streetfighter mengagumkan!

fz jamal streetfighter
fz streetfighter vs normal
fz streetfighter side back
Fz150 streetfighter modi 3
Fz150 streetfighter modi 1
Fz150 streetfighter modi 4
fz streetfighter side

3. CAFE RACER / NEO RETRO

Idamkan cafe racer Honda CB150R Exmotion seperti yang pernah kami paparkan sebelum ini? Sayangnya, motosikal itu kemungkinan besar tidak akan dibawa masu ke pasaran Malaysia. Tetapi, jangan risau kerana FZ150i turut boleh dijelmakan menjadi gaya retro tanpa perlu banyak modifikasi.

BACA >>> Honda CB150R ExMotion - Motosikal Neo-Retro 150cc Pertama Honda Dilancarkan di Thailand

Lihat contoh Neo-Tracker di atas ini yang mendapat sentuhan Kastros Garage Indonesia. Memang lawa! Berikut senarai perubahan minimum yang dibuat:

  • Rim depan aluminium 2.50-R18
  • Rim belakang aluminium 3.00-R17
  • Lampu depan Autopall
  • Hendal Yamaha Byson
  • Suspensi belakang asal Yamaha V-xion (FZ150i)
  • Ekzos kustom Katros Garage
  • Fender belakang Yamaha DT
  • Lampu brek Polaris
  • Pelana kustom kulit sintentik Katros Garage
  • Penutup tangki kustom

Melengkapkan transformasi akhir cafe racer tersebut adalah padanan cat hitam separuh kilat dan perak gelap yang dilayurkan supaya tampil gaya 'old-skool'. Nah, itu sahaja, ringkas bukan? Tetapi, memandangkan bengkel Kastros Garage hanya ada di Indonesia, terpaksalah peminat di Malaysia mendapatkan khidmat kepakaran orang tempatan jika berhajat mahu melakukan modifikasi seperti itu.

fz150 neo tracker 2
fz150 neo tracker 3
fz150 neo tracker 4
fz150 neo tracker 5
fz150 neo tracker 6

Related

9.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: bikin motor, Cafe racer, Modifikasi, motosikal, roda2, sportbike, streetfighter, ubah suai, Yamaha, Yamaha FZ150i

Comments

  1. Chong says

    September 24, 2017 at 12:59 PM

    Well done

    Reply
    • ambo says

      October 21, 2017 at 10:49 PM

      pandangan aku Malaysia selalu tertinggal sebab nk bg murah..negara jiran cpt je model terkini dibawa masuk..prsn mrk juga luas berbanding kt..mampu tengok je le..

      Reply
  2. Donwilson says

    November 24, 2017 at 10:26 AM

    Aku pernah pakai fz v2 tahun 2013.eksiden jatuh motor 2 kali sebab tayar stok depan licin macam haram jadah. Lepas kejadian tu aku terus jual moto dah bertobat x mau lagi guna moto yang besar dan guna manual klac. Biarlah aku guna kapcai sampai bila2 sebab minyak jimat dan maintenance rendah.lagipun aku bawa slow saja 55-65 kmsj(gps).

    Reply
  3. areza says

    July 12, 2019 at 8:13 PM

    mana kedai ni.. boleh juga nk anta motor

    Reply
  4. *Tannis Nakenthiran says

    September 26, 2019 at 10:15 PM

    I have fz 150...I need modified like a cafe racer...where is the garage to meet..?how much budget for the bike modification....?can get contact very easy to know.....

    Reply
  5. Hafiz says

    October 21, 2019 at 10:48 AM

    Katros garage mmg awesome. modifikasi mereka buat utk cafe racer / tracker sgt terkehadapan

    Reply
  6. Mie says

    January 10, 2020 at 5:48 PM

    Berapa kos untuk modifikasi fz v3 kepada r15 v2 full set depan belakang.. Hanya luaran sahaja untuk kelihatan lebih sporty dan kurang sedikit hentakan angin dari hadapan.

    Reply
  7. Mahmud says

    August 18, 2022 at 5:44 PM

    Boss awake memang jaga nyawa. Saya jatuh berkali kali pun Masih yak puas lagi naik fz

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev