KETIKA Li Chunrong disahkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton baharu, terus saja abang teringatkan seorang kawan yang marah benar dengan tindakan Proton menjual saham Proton kepada pengeluar automobil China, Geely, beberapa bulan lalu. Lama sebelum itu dia marahkan MAS melantik seorang CEO mat saleh sebagai teraju utama syarikat penerbangan tersebut.
Ironinya, dia jugalah yang bising bila ada anak tempatan yang gagal menguruskan syarikat-syarikat tempatan dengan baik. Pendek kata ada saja yang tidak kena pada mata dia (sekarang kita namakan kawan abang tu Jon, bukan nama sebenar). Abang rasa mungkin dialah CEO hebat yang gagal Malaysia temui hingga sekarang.
Memandang dia seorang pengguna telefon pintar iPhone (sejak dua generasi lalu), terus saja abang bercakap dengan tenang, "Kau tau tak CEO Apple, Tim Cook ialah CEO korporat pertama yang berani dedahkan diri sebagai seorang homoseksual. Malah, dia siap bangga sebab mengaku gay."
Jon agak terkejut dan abang tidaklah hairan sangat dengan reaksi terkejut tu. Sebabnya, dia pun sama macam pengguna Malaysia lain yang tidaklah cerdik mana. Jon seperti mana orang Malaysia lain, mereka lebih cenderung menilai sesuatu isu dalam konteks politik kepartian semata-mata. Hujahnya selalu begini, kau dikira jual negara sebab kau parti X, tapi kalau kau parti Y, itu pelaburan bijak!
"Biar betul, tapi oklah tu. At least dia masih Amerika apa? Apple pun memang barang Amerika. Hal gay ke straight ke aku peduli apa. Standard la mat saleh," balas Jon. Amboi, terus cakap memang standard mat saleh macam tu. Nasiblah abang tak ada hati nak ungkit kes dia baling selipar kat maknyah di Sunway, 15 tahun lepas.
MCDONALD BUKAN LAGI AMERIKA?
"Kau sekali sekala layan McD jugakan? Tau tak CEO McD, Stephen Easterbrook tu orang England, bukan Amerika? Dan tak mustahil suatu hari nanti orang Malaysia jadi CEO McD. Kalau betul, agaknya apa respon orang kita, kau? Proud to be Malaysian?" Jon perlahan-lahan keluarkan rokok sebatang, lalu dicucuhnya - rokok John (ini rokok sebenar).
"Benda tak jadi janganlah nak berkalau-kalau. Kalau macam tu, babi pun aku cakap boleh terbang. Tapi apa isunya orang England jadi CEO Amerika? Dua-dua pun mat saleh kan? Macam orang Malaysia jadi CEO kat Indonesia. Kira serumpunlah tu," Jon tak mahu kalah. Tengannya mengetis abu rokok dalam asbak seraya menyedut teh o ais yang jingganya mula mendap ke lantai gelas.
"Jadi, kau nak orang kulit gelap jadi CEO Amerika la ni?" tanya abang. Jon angkat kening macam malas layan. Matanya melirik kaca TV cerita Tamil.
TAMIL KUASAI GOOGLE
"Kalau nak tau, CEO Google sekarang ni namanya Sundar Pichai. Dia orang India Amerika etnik Tamil. Aku pun tak tau dia dapat warganegara Amerika ke apa. Tapi apa yang pasti, dia memang lahir kat Tamil Nadu, India. Mak ayah dia memang pure India, dia degree pertama pun kat negara asal dia sana.
"Kalau ambil kira umur dia sekarang 45 tahun, maknanya dia dah habiskan separuh umur di India sebelum cari makan di Amerika," jelas abang panjang lebar.
"So, what?" soal Jon macam dialog drama Melayu petang-petang. Abang balas dengan tenang.
"Maknanya, siapa jadi CEO Proton pun bukanlah benda magik sangat pun. Lantikan CEO dalam dunia korporat macam cari calon kerja juga. Ada kriteria dan merit tertentu yang perlu diambil kira. Ada sesi temuramah, perbincangan dan pembentangan perlu dibuat. Dan CEO tak kebal pun. Tak capai target tertentu, silalah buka pintu keluar.
Tambah abang lagi; "Alah, macam kita bujang dulu. Rasanya sebab apa kita setuju lantik Muin jadi ketua? Lagipun dia orang Kelantan, kau pula orang Selangor. Sebab apa kau tak calonkan Bad tu yang satu negeri dengan kau?"
"Ish, takkan aku nak suruh Bad jadi ketua. Sewa rumah pun pinjam duit aku."
"Tau pun," balas abang. "Hah, CEO rokok John tu tau ke dia siapa? Kau cakap rokok lokal," tanya abang lagi.
"Haa.. entah. Kau tau ke siapa?" Jon macam teruja sangat nak tau.
"Entah, aku pun tak tau. Sah-sah rokok seludup. Setan la kot CEO rokok tu." Ceh, ujar Jon seraya pantas mencarut.
Selepas itu kami bersembang pula pasal nasib Arsenal, Freemason dan disudahi dengan alam akhirat. Perghhhh...
Sirajibrahim says
Keluarkan artikel ini. Tak menarik dan bukan topik yg sesuai utk perbincangan
Azhar Ismail says
Mangkuk ayun. Ni blog dia, dia punya pasal la nak letak artikel pun. Coretan dia ada kaitan niche pandulaju.com.my
Anyway, gaya penulisan sangat hebat macam membaca sebuah novel. Good job!
Halim Sairi says
Ye.betol tu.macam nak main politik je.btw.tunggu je la nasib proton macam mana.last2 semua tergadai.....
AO says
Kalau benar apa dikata, apa kata hantar artikel menarik kepada kami di [email protected]
Saga3 says
Nama je slot #sembangDeras.. Bang Nin meluahkan rasa hati.. Pergh! Sembang memang deras..
Jika kita baca dgn teliti, ada beberapa perkara positif Dan fakta diselitkan.. Ambil jer yang jernih Dan buang yang keruh.. Heheheh!!!
Tidak kiralah siapa CEO proton. Yang utama bukan LBGT.. Yang penting bawa keuntungan Dan teknologi terkini utk proton..
Snyder says
Ade perbezaan antara ceo2 yg tuan ckp dgn ceo proton. Ceo2 tersebut dilantik tanpa menjual saham2 syarikat kepada syarikat dinegara berkenaan. Tetapi ceo proton dilantik selepas saham proton dijual kepada syarikat negara berkenaan. Sepatutnya proton boleh melantik sesiapa sahaja dari syarikat ferari sekalipon tanpa menjual saham.
AO says
Salah. Ada banyak CEO baru dilantik selepas saham dijual. Land Rover sebagai contoh. Asal Britain, dibeli Tata Motors (India) dan CEO dari Jerman.
Sisturr says
masa saham proton kena jual, aku rasa lagi elok. sebab apa? sebabnya berpuluh tahun melayu pegang tak kemana dgn karenah birokrasinya dgn org atasan nak cekau duit aje manjang, tapi salahkan salesman sbb tak boleh jual. kereta low quality, dah kalau bagi vendor parts kroni2 kau mmg lahh cikai quality. semua nak untung. yang tersepit terkepit nak menjualnya salesman. Org malaysia ni pun sama, kutuk proton kemain hebat. dah bagi rebate, demand plak nak free gift itu ini. Nak duit lagi. Serupa beli baju free doploh baju sekali dapat duit. Cara jual beli mana kau belajar? Eh sebok pulak nak comparekan dengan picanto la honda la. deyyyy pegi la beli kat kedai kete sana. yang menyalak kat proton dah kenapa. alahaiiiii... serupa tin kosong. CEO sape pon, tapi kalau tak reti nak tadbir nak naikkan nama, beribu tahun pun Proton dikeji. Bagus lah, kalau boleh biar jual semua kat orang asing. Lagipun, melayu mana guna Proton. Honda kan hadoooooo