• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #IAA2017: Honda Civic 1.6L Diesel Mampu Gerak Sejauh 1,200km, Tork 300Nm!

#IAA2017: Honda Civic 1.6L Diesel Mampu Gerak Sejauh 1,200km, Tork 300Nm!

September 14, 2017 By Han Othman 1 Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mengesahkan menambah satu lagi varian dalam famili Civic, iaitu 1.6L diesel berkuasa 118hp yang dijangka berada di pasaran pada Mac 2018. Ditayangkan kepada umum sempena Pameran Motor Frankfurt (IAA) 2017, unit diesel itu mencatatkan jarak perbatuan lebih baik, iaitu 76mpg (batu per gelen), atau 26.9km/liter, sekali gus menawarkan lebih penjimatan bahan api berbanding model petrol.

Enjin diesel Civic ialah versi enjin talaan semula bagi mengurangkan geseran dan meningkatkan kecekapan selain menambah baik tahap kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH). Model tersebut juga adalah antara kereta pertama yang diuji Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Dunia (WLTP), yakni ujian yang menggunakan data pemanduan sebenar berbanding ujian berasaskan makmal seperti Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) yang penuh kontroversi.

BACA >>> Spesifikasi Honda Civic 2016 Versi Thailand, Tampil dengan Transmisi CVT dan Pilihan Turbo

TORK LEBIH BERKUASA

Malah, Honda mendakwa keputusan tahap ekonomi Civic diesel itu sememangnya diperoleh dalam ujian pemanduan harian. Malah, sedan kompak itu juga menghasilkan tork tinggi 300Nm yang lebih berkuasa berbanding Civic 1.5L Turbo (220Nm), sekali gus mencatatkan pecutan 0-100kmj sepantas 10.4 saat. Bagaimanapun, tiada perincian harga didedahkan.

Namun jika berasaskan angka penjimatan dinyatakan, selepas ditukarkan daripada mpg kepada unit kilometer per liter, kapasiti tangki penuh 47 liter bagi Civic diesel berkemampuan bergerak sejauh kira-kira 1,264km! Apa kata peminta Honda kita?

BACA >>> GALERI: Honda Civic 2016 Thailand - Tawar 2 Pilihan Enjin 1.8L & 1.5L Turbo

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic 1.6L diesel, IAA 2017, Kompak, Pameran Motor Frankfurt 2017, Roda4, Segmen C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev