• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Kenji Matsuoka CEO Baharu Isuzu Malaysia

BERITA AUTO: Kenji Matsuoka CEO Baharu Isuzu Malaysia

April 10, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Matsuoka1ISUZU Malaysia mengumumkan pelantikan Kenji Matsuoka sebagai Ketua pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuatkuasa 20 April 2015.

Pelantikan Matsuoka sebagai CEO baharu adalah menggantikan Kimitoshi Kurokawa yang akan kembali bertugas di Isuzu Motors Limited Jepun untuk memantau rangkaian pasaran yang luas termasuklah Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS), Asia Barat, Amerika Latin, Afrika dan Asia Tenggara.

IMG_3011Menurut Matsuoka, beliau berhasrat untuk memanfaatkan populariti sedia ada kenderaan Isuzu bagi memantapkan posisi jenama tersebut dalam pasaran trak pikap dan trak komersial.

" Selain meletakkan sasaran untuk mengekalkan posisi syarikat sebagai jenama trak No. 1 di Malaysia, saya akan cuba untuk menguasai 20 peratus pasaran  trak pikap Isuzu D-MAX dalam jangka masa sederhana.

“ Tanpa sokongan kukuh daripada para pelanggan, kami tidak mampu mengekalkan pertumbuhan jenama yang konsisten. Jadi, kami akan memberi perhatian yang lebih khusus untuk menambah baik kualiti perkhidmatan selepas jualan dengan mengukuhkan operasi pengedar dan meningkatkan aspek  kemudahan alat-alat ganti menerusi pembinaan sebuah depot alat ganti yang baru di Johor,” katanya.

2014-Isuzu-MU-X-1Tambah Matsuoka lagi, Isuzu bakal melancarkan model Isuzu MU-X tidak lama lagi. Isuzu MU-X adalah kenderaan berkapasiti tujuh tempat duduk.

Sebelum menyertai Isuzu Malaysia, Matsuoka pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu-Hicom Malaysia (IHM) sejak tahun 2012 selepas menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Vietnam Co Ltd.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ceo baharu, Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu Malaysia, Isuzu MU-X, Kenji Matsuoka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev