• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Sedan Hibrid Plug-In - Volvo S90 T8 CKD Kini Sudah Boleh Ditempah, RM349k Sahaja!

Sedan Hibrid Plug-In - Volvo S90 T8 CKD Kini Sudah Boleh Ditempah, RM349k Sahaja!

September 13, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLVO Car Malaysia mengumumkan S90 T8 Twin Engine Inscription, yang dipasang di Shah Alam, kini sudah boleh ditempah pada harga RM348,888, atas jalan tanpa insurans. Model itu sebelum ini adalah versi import sepenuhnya (CBU), termasuk V90 dan S90 T6 R-Design.

Harga yang jauh berbeza berbanding model CBU adalah kerana S90 CKD menggunakan enjin hibrid T8 Twin Engine yang boleh dicas menggunakan tenaga elektrik atau lebih dikenali sebagai kenderaan elektrik hibrid plug-in (plug-in hybrid electric vehicles), sekali gus melayakkan sedan itu menerima status kenderaan cekap tenaga (EEV). Ini termasuk faktor dipasang dalam negara.

BACA >>> Lompatan Kanggaru Kelirukan Kereta Prototaip Pandu Sendiri Volvo

Walaupun menggunakan bateri yang sedikit sebanyak mempengaruhi berat dan ruang kenderaan, Volvo bagaimanapun mengambil pendekatan meletakkan unit tenaga itu di bahagian tengah (tunnel) kereta. Ini secara tidak langsung memberikan titik graviti (COG) rendah dan menambah baik aspek pengendalian. Lokasi tersebut juga tidak menjejaskan ruang but yang dapat berfungsi seperti sedan biasa.

HIBRID VOLVO

Volvo S90 T8.03
Volvo S90 T8.04
Volvo S90 T8.02
Volvo S90 T8.01

Teknologi hibrid Volvo bekerja bersama enjin pembakaran dalaman untuk  memacu roda depan, manakala roda belakang pula digerakkan motor elektrik secara bebas. Enjin berkembar S90 T8 berkuasa 407hp dan tork 640Nm yang dipadankan bersama transmisi automatik 8-kelajuan yang mampu memecut 0-100 kmj sepantas 4.8 saat sahaja.

Pemasangan di kilang Shah Alam juga membolehkan S90 T8 dieskport ke beberapa pasaran terpilih seperti mana model XC90 T8 sebelum ini.

BACA >>> Volvo Trucks Hasilkan Lori Stereng Automatik untuk Tuai Tebu di Brazil

Volvo S90 berada dalam segmen mewah DE yang turut bersaing dengan model dari Jerman, seperti BMW 5 series, Mercedes-Benz E Class, Audi A6 dan jenama Jepun, iaitu Lexus ES dan Infiniti Q70. Volvo S90 CBU sebelum ini didatangkan dalam dua varian iaitu T5 (RM388,888) dan T6 (RM453,888). S90 T8 Twin Engine Inscription CKD juga ialah varian paling premium di atas T5 dan T6.

Volvo S90 T8.01
Volvo S90 T8.02
Volvo S90 T8.03
Volvo S90 T8.04
Volvo S90 T8.05
Volvo S90 T8.07
Volvo S90 T8.08

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, hibrid plug-in, kenderaan elektrik hibrid plug-in, Roda4, Sedan, Volvo, Volvo S90 T8 Twin Engine Inscription

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev