• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Mazda3 SkyActiv CKD (2015)

BERITA AUTO: Mazda3 SkyActiv CKD (2015)

April 9, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

M3 Exterior GroupBERMAZ Motor menunaikan janji buat peminatnya apabila memperkenalkan Mazda3 SkyActiv versi pemasangan tempatan (CKD) yang dijual pada harga lebih murah berbanding model diimport sepenuhnya (CBU).

Berbanding dengan model CBU yang hanya diperkenalkan dalam varian 2.0L sedan sahaja, kini versi CKD menawarkan tiga varian berbeza iaitu sedan GL, sedan high dan hatchback. Ia masing-masing dijual pada harga RM105,376.30 bagi sedan GL dan RM120,376.30 bagi sedan high serta hatchback. Harga ditawarkan tidak termasuk insurans.M3 Hatchback Front

M3 Hatchback Rear
M3 Sedan Rear 2

InteriorSekilas pandang, Mazda3 memiliki fizikal agresif, seksi dan elegan berserta teknologi baru. Sosok seksi Mazda3 mampu membuatkan mereka yang pertama kali melihat jadi tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Malah, bukan saja cantik dipandang, tetapi juga berprestasi mantap.

Di sebalik bonet, terbenam nadi SKYACTIV-G bersesaran 2.0L. Padanan kotak gear automatik SKYACTIV-DRIVE 6-kelajuan menghasilkan kuasa 162hp pada 6,000rpm dan tork 210Nm (4,000rpm).

Mazda3 CKD menawarkan empat pilihan warna menarik iaitu Artic White, Meteor Grey Mica, Aluminium Metallic dan Blue Reflex Mica. Lebih menarik, pembeli baharu Mazda3 bakal menikmati pakej penyelengaran secara percuma selama tiga tahun atau 60,000km had perbatuan.

MZD Connect Touchscreen
Meter Cluster
M3 Sedan Rear
M3 Sedan Rear 2
M3 Hatchback Rear
M3 Hatchback Front
M3 Exterior Group
Interior
Bi-Xenon-Headlights
Active Driving Display-Driving

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: bermaz Motor, CBU, CKD, Mazda 3 Skyactiv, Mazda3 Skyactiv CBU, Mazda3 Skyactiv CKD, skyactiv

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev