• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / LaFerrari Aperta Ini Dijual RM41.7 Juta! Catat Rekod Termahal Ferrari

LaFerrari Aperta Ini Dijual RM41.7 Juta! Catat Rekod Termahal Ferrari

September 12, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARGA €8.3 juta atau RM41.7 juta adalah apa yang perlu dibayar untuk sebuah Ferrari LaFerrari Aperta. Model eksotik serba rare itu dijual pada acara lelongan RM Sotheby sempena sambutan ulang tahun Ferrari ke-70 di Litar Fiorano.

Jumlah besar itu sebenarnya bukan untuk faedah komersil, tetapi akan didermakan kepada badan amal antarabangsa, Save the Children yang terbabit dalam usaha memperbaiki kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik di lebih 120 negara. Secara spesifik, dana yang bakal diterima itu akan digunakan sebagai projek pendidikan di pelbagai negara Asia dan Afrika.

BACA >>> Ferrari F430 Milik Donald Trump Tidak Laku Dilelong, Mujurlah Ada Pembeli 'Kautim'

PECAH REKOD LAFERRARI

LaFerrari Aperta Ini Dijual Pada RM 41 Juta! Rekod Termahal.02
LaFerrari Aperta Ini Dijual Pada RM 41 Juta! Rekod Termahal.04
ferrari-font
LaFerrari Aperta Ini Dijual Pada RM 41 Juta! Rekod Termahal.01
LaFerrari Aperta Ini Dijual Pada RM 41 Juta! Rekod Termahal.03

Jumlah jualan itu juga mencatatkan rekod baharu bagi sebuah kereta abad ke-21 yang memecahkan satu lagi rekod jualan LaFerrari, bernilai AS$7 juta (RM29.5 juta) pada Disember tahu lalu bagi meraih dana untuk mangsa gempa bumi di Itali. LaFerrari yang dibida tersebut ialah unit tambahan kepada jumlah asal yang dibina, 209 unit. Model istimewa berkenaan tampil dengan grafik metalik Rosso Fuoco dan strip lumba Biano Italia atas bonet dan belakang kereta.

BACA >>> Tidak Dapat Kereta, Duduk Atas Kerusi Pejabat Ferrari Pun Jadilah

MODEL LAIN TURUT LARIS

Acara sama turut menyaksikan bukan LaFerrari Aperta sahaja dibida, tetapi juga beberapa model istimewa lain. Antaranya, Ferrari California 250 GT SWB terjual €7.9 juta (RM39.7 juta) dan 250 GT Cabriolet Series I (1958), €4.7 juta (RM23.6 juta).

Satu lagi model menarik tular baru-baru ini, Ferrari 365 GTB/4 atau terkenal dengan julukan 'Daytona', dijumpai tersimpan berhabuk dalam sebuah bangsal di Jepun. Model klasik lebih 40 tahun itu itu dibida pada harga €1.8 juta (RM9.05 juta). Lebih menarik, kereta yang pernah dianggap ramai sebagai tidak wujud itu dijual begitu sahaja tanpa sebarang kerja-kerja baik pulih pun!

ferrari-daytona-1
ferrari-daytona-2
ferrari-daytona-3
ferrari-daytona-4
ferrari-daytona-5
ferrari-daytona-6

Related

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari LaFerrari, Ferrari. LaFerrari Aperta, lelong, RM Sotheby, Save the Children, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev