• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Baojun 510 Varian Auto Kini di Amerika, Lebih Murah daripada Ford Fiesta - RM44k

Baojun 510 Varian Auto Kini di Amerika, Lebih Murah daripada Ford Fiesta - RM44k

September 9, 2017 By Han Othman 2 Comments

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIDEDAHKAN tahun lalu sempena Pameran Auto Guangzhou, Baojun 510 kini boleh didapati dalam transmisi automatik yang semestinya bukan di pasaran Malaysia, tetapi Amerika Syarikat (AS). Khabarnya kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil buatan China itu cuma berharga kurang daripada Ford Fiesta baharu, iaitu antara CN¥68,800 (RM44,582) dan CN¥49,118. Wow!

Menyertai varian manual yang terlebih dahulu dilancarkan, Baojun 510 didatangkan dengan enjin 1.5L bersama kotak gear automatik. SUV tersebut turut dilengkapkan dengan pedal syif yang menyerlahkan lagi imej pemanduan sporty.

Ini termasuk pelbagai ciri termaju lain, seperti bumbung suria panoramik, penyaman udara automatik, cermin sisi boleh lipat dan dipanaskan secara elektronik, skrin LCD 8-inci dengan sambungan telefon pintar dan kamera undur, entri tanpa kunci, butang tekan-hidup dan kawalan jelajah.

EKSTRA LAMPU SIANG LED

Dari luaran, penampilan Baojun 510 tidak banyak berbeza dengan varian manual, tetapi menawarkan gaya tersendiri dengan tambahan lampu siang (DRL) LED. Ruang kabin pula diberikan sentuhan permukaan hitam dan cokelat berserta penebat bunyi yang dipasang di 34 bahagian berbeza seluruh kereta. Jadi, sudah tentu lebih senyap dan selesa dipandu.

Baojun ialah jenama kenderaan dari China yang diwujudkan daripada usahasama antara General Motors (AS) dan SAIC Motor (China) dengan membentuk perikatan SAIC-GM-Wuling Automobile. Jenama tersebut muncul pada 2010 sebagai alternatif kepada model GM sedia ada seperti Chevrolet dan Buick, yang juga dijual di China. Sementara itu, Wuling pula ialah rakan perikatan yang mengeluarkan kenderaan komersil

SAIC Motor ialah satu daripada empat gergasi automotif terbesar atau Big Four, di China dan pernah mengeluarkan lebih 4.5 juta kenderaan pada 2014, sekali gus menjadi pengeluar paling laris di republik komunis tersebut pada tahun itu.

baojun-510-automatik-1
baojun-510-automatik-2
baojun-510-automatik-3
baojun-510-automatik-4
baojun-510-automatik-5

SUMBER: Car Scoops

Related

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Baojun 510, General Motors (GM), GM, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SAIC, SAIC-GM-Wuling Automobile, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev