• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Was-Was Mahu Beli Kereta Hibrid? Honda Malaysia Beri Waranti Bateri Hingga 8 Tahun!

Was-Was Mahu Beli Kereta Hibrid? Honda Malaysia Beri Waranti Bateri Hingga 8 Tahun!

September 6, 2017 By Abang GYL 1 Comment

481
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

bateri hibrid HondaMAHU beli kereta hibrid, tetapi risau bateri mahal dan tidak tahan lama? Jangan bimbang, Honda Malaysia kini menawarkan waranti 8 tahun untuk bateri litium-Ion tanpa had perbatuan bagi model City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid i-DCD.

Jika perlu ditukar selepas tamat waranti (8 tahun), bateri hibrid itu boleh dibeli pada harga RM5,513 yang menurut Honda Malaysia antara termurah berbanding pesaing lain. Malah, tiada servis khas diperlukan untuk menjaga sistem dan jangka hayat bateri Sport Hybrid i-DCD.

Lebih penting, 256,565 unit Honda Fit Hybrid yang dijual untuk pasaran Jepun sejak September 2013 itu hanya melibatkan 0.103 peratus tuntutan waranti bagi penukaran bateri hibrid. Ini secara langsung membuktikan bateri hibrid kedua-dua model tersebut tahan lasak dan berkualiti.

BACA >>> Fakta Menarik Perlu Anda Tahu Mengenai Honda Jazz Sport Hybrid & Jazz 2017 'Facelift' - Harga Bermula RM74,800

bateri hibrid Honda
bateri hibrid Honda

HARGA SENGGARA MURAH?

Begitu juga dengan kos penyenggaraan City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid i-DCD yang dikatakan jauh lebih murah berbanding pesaing, Hyundai Ioniq 1.6 HEV.

Berdasarkan jadual pengiraan dan perbandingan diberikan, harga servis Honda City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid i-DCD dalam tempoh 5 tahun ialah RM2,867.96, manakala Ioniq (RM3,208.40). Begitu juga harga bateri hibrid Ioniq (RM9,800) yang juga lebih mahal berbanding kedua-dua model hibrid Honda (RM5,513).

Masih was-was? Apa kata anda pandu uji dahulu model tersebut di mana-mana bilik pameran Honda berdekatan. Nantikan juga ulasan pandu uji kami dalam masa terdekat.

BACA >>> Honda Malaysia Terus Gasak, Lancar Honda City Hybrid i-DCD Pula!

GALERI

bateri hibrid Honda
bateri hibrid Honda
bateri hibrid Honda
Honda Jazz Sport Hybrid i-DCD
bateri hibrid Honda
bateri hibrid Honda
bateri hibrid Honda

Related

481
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: harga bateri hibrid, harga bateri hybrid, Harga City Sport Hybrid i-DCD, Harga Jazz Sport Hybrid i-DCD, Honda Jazz Sport Hybrid i-DCD, kereta hibrid, Roda4

Comments

  1. Rusli says

    March 8, 2019 at 11:47 AM

    Harga bateri insight hybrid?
    Cadang nak beli kereta insight second hand

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my