• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quick Ride Tawar Skim Beli Proton untuk Pandu Uber Serendah RM45/hari, Servis Percuma!

Quick Ride Tawar Skim Beli Proton untuk Pandu Uber Serendah RM45/hari, Servis Percuma!

September 5, 2017 By Han Othman 1 Comment

960
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat rakyat Malaysia! Anda kini boleh mendaftar dengan Quick Ride sebagai pemandu Uber untuk menikmati peluang memiliki kereta Proton dengan bayaran serendah RM45/hari, tertakluk syarat tertentu.

Di Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur sebentar tadi baru saja berlangsung perjanjian memorandum (MOU) antara Quick Ride Sdn Bhd, yakni entiti gabungan antara Cartrade Group dan Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB), dengan Uber dan Proton.

MOU tersebut membolehkan mana-mana rakyat Malaysia yang berkelayakan, memilih Proton Saga 1.3L STD CVT atau Persona 1.6L STD CVT sebagai kereta Uber dengan  deposit cuma RM1,000 dan bayaran sewa milik serendah RM45/hari (Saga) dan RM55/hari (Persona). 

Berikut ialah kelayakan permohonan untuk menyertai Quick Ride:

  • Warganegara Malaysia.
  • 21 tahun dan ke atas.
  • Sihat mental.
  • Tidak disabitkan kesalahan berdaftar dan jenayah.
  • Tidak diisytiharkan bangkrap.
  • Memiliki lesen memandu sah.
  • Bersedia memandu sepenuh masa.

LEBIH FAEDAH

Berikut pula ialah faedah yang bakal dinikmati pemandu Uber yang berdaftar menerusi Quick Ride:

  • Kos insurans, cukai jalan dan penyenggaraan ditanggung Quick Ride (kecuali tayar dan minyak).
  • Wifi percuma dalam setiap unit Proton yang dibeli.
  • Set tablet interaktif di poket kerusi belakang.
  • Kenderaan diletakkan di bawah kategori UberX dalam aplikasi Uber.

Serentak pelancaran Quick Ride, sebanyak 1,000 unit kereta siap sedia diserahkan kepada pemohon yang berpotensi dan jumlah tersebut akan ditingkatkan berperingkat menjadi 10,000 unit dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pemohon yang layak juga akan mendapat konsultansi khas mengenai cara terbaik bagaimana mengatur trip penghantaran, membuat bayaran dan meraih pendapatan dengan baik. Jika berminat, anda boleh terus saja melayari QuickRide.my dan melengkapkan borang permohonan dalam portal tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 03-2711 0050 / 0051 atau e-mel [email protected].

Related

960
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, beli Proton pandu Uber, Cartrade Group, Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB), Proton, Quick Ride, Quick Ride Sdn Bhd, Uber

Comments

  1. Ependy bin limun says

    June 21, 2019 at 10:07 AM

    Saya berminat dengan iklan ini..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev