FAST Bike Sdn Bhd, pengedar motosikal Triumph di Malaysia memperkenalkan tiga model baharu Triumph Street Triple (2017) dengan mensasarkan golongan penunggang yang mahukan jentera dua roda ringan dan lincah.
Tiga model baharu dimaksudkan itu ialah Triumph Street Triple S, Street Triple RS dan Street Triple Low Ride Height (LRH).
HARGA
- Triumph Street Triple S - RM52,900
- Triumph Street Triple R LRH - RM59,900
- Triumph Street Triple RS - RM66,900
* Harga atas jalan termasuk GST, tanpa insurans
Street Triple (2017) menawarkan praktikaliti kepada mereka yang mahukan jentera tunggangan harian yang tidak mengabaikan aspek prestasi. Tidak kira sama ada tunggangan anda untuk berulang alik, mengembara atau menunggang atas trek, anda pasti menyukai prestasi Street Triple S, R dan RS.
BACA >>> 5 Model Triumph 2017 Sah Masuk Malaysia Tahun Ini
PRESTASI BERKUASA TINGGI
Ketiga-tiga varian Triumph Street Triple (2017) dipadankan enjin 3 silinder 675cc yang dibikin di Daytona. Bagaimanapun, hamburan kuasa dan tork berbeza bagi setiap varian.
- Triumph Street Triple S - 111hp (11,250rpm) | 73Nm (9,100rpm)
- Triumph Street Triple R LRH - 116hp (12,000rpm) | 77Nm (9,400rpm)
- Triumph Street Triple RS - 121hp (11,700rpm) | 77Nm (10,800rpm)
Ketiga-tiga varian menggunakan teknologi suntikan bahan api elektronik dengan SAI dan kawalan terotel elektronik. Lebih menyeronokkan, penunggang boleh memilih mod berbeza. Triumph Street Triple S dilengkapi dua mod tunggangan: Rain dan Road berserta ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Traksi.
BACA >>> #RetroAuto: Apakah Itu Motosikal 'Cafe Racer'?
Varian RS dilengkapi lima mod: Rain, Road, Sport, dan Track serta satu lagi mod yang boleh diprogramkan sendiri. Varian R pula tampil dengan semua mod tunggangan yang sama seperti RS, kecuali Track.
Maklumat lanjut mengenai rangkaian terbaharu Street Triple (2017) boleh kunjungi laman TriumphMotorcycles.my
Di bawah ini pula video kemerduan bunyi ekzos streetfighter jenama British ini. Walaupun berbunyi hair dryer pada rev rendah, tetapi kelunakan deruman ekzos mula terasa apabila enjin diperah tinggi.
Leave a Reply