• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: MPV Mini Rupa Pelik, Daihatsu Materia (2007) Ini Pernah Popular di UK

#RetroAuto: MPV Mini Rupa Pelik, Daihatsu Materia (2007) Ini Pernah Popular di UK

August 31, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

302
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA rekabentuk unik kebiasaannya dikaitkan dengan model pasaran domestik Jepun (JDM). Namun, tanggapan itu tidak tepat kerana di luar sana masih banyak pengeluar automotif yang berani mencuba dan percaya ada pasaran untuk segmen sedemikian.

Proton sendiri, misalnya, pernah mengeluarkan model Juara. Begitu juga pengeluar lain dengan model seperti Fiat Multipla, Chrysler PT Cruiser, dan Ssangyong Stavic sebagai antara contoh produk global yang lain daripada kebiasaan.

MATERIA YANG FUNKY

Ini pula contoh dari Jepun, Daihatsu Materia yang dipasarkan di Britain pada 2007. Sebelum kemunculan kenderaan utiliti sukan (SUV) hari ini dengan rekaan dan nama unik, Materia terlebih dahulu tampil funky.

Menariknya, Materia bukan sekadar produk JDM kerana model itu adalah lanjutan generasi pertama Toyota yang dihasilkan khas untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) dengan nama bB atau Scion xB. Materia ialah bB generasi kedua di AS selepas Toyota melepaskan tugas-tugas menghasilkan kenderaan kompak kepada pengeluar subsidiari tersebut. Di negara asal pengeluar itu, Materia dikenali sebagai Toyota Corolla Rumion di Jepun.

BACA >>> #RetroAuto: 'Belalang Tempur' - Legenda Motosikal Superhero Sepanjang Zaman

PEMAIN MUZIK JADI KONSEP

Percaya atau tidak, rekaan bB dihasilkan berasaskan rekabentuk seperti pemain muzik supaya dapat menarik perhatian pembeli muda. Memandangkan kereta atau kenderaan pelbagai guna (mpv) mini itu (atau apa saja gelaran sesuai) disasarkan untuk pembeli muda, Daihatsu UK turut menawarkan pelbagai aksesori yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

Antara aksesori ditawarkan ialah upholsteri kulit, bar tunda, rak basikal atau ski, rim aloi 17-inci, spring rendah (20mm), spoiler, gril krom dan ekzos kembar. Ranggi habis bukan? Pada 2007, Daihatsu Materia yang dikuasakan enjin 1.5L itu boleh dimiliki pada harga permulaan £10,995 (RM60,494).

Adakah Materia masih ditawarkan sekarang?

Materia ditamatkan pengeluaran pada 2012, manakala jualan di bawah label Toyota pula dihentikan pada Julai 2016 dan masing-masing digantikan dengan (Daihatsu) Thor, (Toyota) Tank dan Roomy, atau (Subaru) Justy.

BACA >>> Peugeot 404 Jadi Teksi KL, Siri Kartun 'Din Teksi' Imbau Nostalgia Retro Automotif Malaysia

GALERI

SUMBER: Parkers.co.uk

Related

302
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Daihatsu, Daihatsu Materia, Daihatsu Materia (2007), Daihatsu UK, JDM, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV mini, pasaran domestik Jepun (JDM), Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my