CABARAN Hypermarket Sweep Petron 2017 kini kembali untuk musim ketiga. Peraduan yang bermula pada 24 Mei hingga 21 Jun lalu kini tiba pada waktu kemuncak.
Sebanyak 56 pemenang dari Lembah Klang (22 Ogos), Johor Bahru (24 Ogos), Kota Kinabalu (29 ogos), Pulau Pinang (5 September) dan Kuantan (7 September) telah dipilih bagi merebut ganjaran sehingga RM240,000.
Cabaran Hypermarket Sweep Petron 2017 bagi pusingan pertama sudahpun berlangsung di pasar raya Giant Stadium Shah Alam. Lapan pemenang utama bersama tiga ahli keluarga masing-masing diberi peluang untuk mengisi dua troli dengan seberapa banyak barangan runcit yang termampu bernilai RM5,000 dalam masa lima minit.
Manakala lapan lagi pemenang saguhati turut boleh mengisi pelbagai barangan runcit bernilai RM3,000 dalam tempoh masa empat minit.
Pada masa sama, Petron Malaysia turut menjalankan tanggungjawab sosial dan memberi peluang kepada dua rumah kebajikan anak yatim iaitu Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari serta Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Cornerstone dengan pemberian barangan runcit bernilai RM2,500 setiap satu.
BACA >>> Isi Minyak Petron Minimum RM10, Anda Layak Menang Hadiah Dekorasi Rumah Bernilai RM50k!
Ketua Dagangan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali memaklumkan pihaknya telah memilih Giant sebagai rakan kongsi Cabaran Hypermarket Sweep Petron 2017.
Tambah Faridah lagi, Petron gembira dapat menganjurkan Cabaran Hypermarket Sweep Petron buat tahun ketiga berturut-turut bagi menghargai kesetiaan selain memberi nilai tambah kepada semua pelanggan yang telah menyokong kami selama ini.
Cabaran Hypermarket Sweep Petron buat pertama kali diadakan pada 2015 dengan menawarkan hadiah bernilai RM50,000. Tahun lalu, Petron sekali lagi menganjurkan cabaran sama dengan pemberian hadiah tiga kali ganda iaitu RM140,000 kepada 40 pemenang bertuah.
Syabas buat semua pemenang.
PEMENANG PUSINGAN PERTAMA CABARAN HYPERMARKET SWEEP PETRON 2017
PEMENANG UTAMA
1. Wong Weng Yew
2. Redzuan Jamal
3. Manvir Victor Jesudasan
4. Nurezri Abd Rahman
5. Tan Geok Ping
6. Mohd Reduan Mohd Yusof
7. Azwanawati Abu Talip
8. Ng Kam Pay
PEMENANG SAGUHATI
1. Choong Kok Leong
2. Mohd Hairil Baharom
3. Chong Meng Li
4. Siti Nor Aishah Mohd Salleh
5. Mohd Saiful Adli Mohamad Noh
6. Nur Amin Ramli
7. Hew Jit Fui
8. Tan Yin Khang
Leave a Reply