• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Ford Mondeo Sedia Menerima Tempahan - Harga RM203,800

BERITA AUTO: Ford Mondeo Sedia Menerima Tempahan - Harga RM203,800

April 2, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Photo 1 - Mondeo FrontFORD kini membuka tempahan bagi model Mondeo yang sarat dengan teknologi terkini. Dijual pada harga anggaran RM203,800 seunit, model yang bakal berada di pasaran tempatan pada hujung bulan ini turut dipamerkan di Bangsar Shopping Centre bermula 1 hingga 5 April 2015.

Pada masa sama, pengunjung yang berminat turut diberikan peluang memandu uji model terbaharu Ford itu.

Photo 3 - Mondeo Side ViewENJIN 2.0

Ford Mondeo baharu dikuasakan unit enjin 2.0L EcoBoost® yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 238hp dan tork 345Nm. Hasil bantuan teknologi EcoBoost® Ford yang menggabungkan sistem pengecas turbo, ia turut meningkatkan penjimatan bahan api sebanyak 20 peratus dan mengurangkan emisi sehingga 15 peratus.

Dipadankan dengan kotak gear automatik SelectShift 6-kelajuan, penggunaan bahan api Mondeo adalah 8L per 100km.

LUARAN ELEGAN

Melihat keseluruhan sosok badan Mondeo, ia menawarkan kehalusan buatan pertukangan terbaik yang membuatkannya tampak elegan dan sporty.

Dihasilkan di kilang tercanggih Ford di Valencia, Sepanyol, Mondeo tampil bersama profail sebuah sports coupe dengan garis bumbung yang rendah. Profail sisinya yang kemas dihasil untuk memberikan pandangan visual lebih ringan. Sementara rekaan bahagian hadapan sofistikated dan teknikal diserlahkan menerusi  gril berbentuk trapezoidal Ford yang mantap, bonet serta reka bentuk lampu utama adaptif.

Photo 4 - Mondeo InteriorDALAMAN SELESA

Manakala bahagian dalamannya pula memberi penekanan terhadap aspek ergonomik dan keselesaan, bersama kemasan serta peralatan yang premium.

Di bahagian dalam, rekaan konsol tengahnya menyerlahkan elemen sporty dan rasa seperti sebuah kokpit. Rekabentuknya yang simetrikal membolehkannya ia mudah diakses oleh pemandu dan penumpang hadapan. Sementara kolum stereng yang boleh dilaras secara elektrik dan lengkap dengan memori nyata menambah kemudahan kepada pemandu.

Bagi mereka yang ingin melihat secara lebih dekat atau mahu memandu uji Ford mondeo, anda boleh kunjungi Desa Park City pada 22 hingga 26 April atau Setia City Mall bermula 6 hingga 10 Mei.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.ford.com.my atau www.facebook.com/FordMalaysia.

Photo 1 - Mondeo Front
Photo 2 - Mondeo Side View (2)
Photo 3 - Mondeo Side View
Photo 4 - Mondeo Interior

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ford, Ford Mondeo, Pandu uji Ford Mondeo, tempahan, Tempahan Ford Mondeo dibuka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev