• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ketahui 8 Pembaharuan Vespa S125, Kini dengan Enjin i-GET

Ketahui 8 Pembaharuan Vespa S125, Kini dengan Enjin i-GET

August 17, 2017 By Admin PanduLaju 1 Comment

257
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi jenama Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd mengumumkan kehadiran model popular, Vespa S125 yang kini dilengkapi enjin i-GET. Trenkuasa baharu itu menggunakan enjin 125cc penyejukan udara 4-lejang yang dipadankan teknologi suntikan bahan api.

Hasilnya, S125 mampu menjana kuasa 10.2hp pada 7, 600rpm dan tork 10.2Nm (6, 000rpm), manakala isian tangki penuh sebanyak 7 liter mampu menggerakkan skuter ini sejauh 420km!

Penampilan model Vespa baharu itu juga menerima perincian terkini, di mana bahagian depan tertera simbol S yang mewakili generasi baharu motosikal dari Itali itu.

BERIKUT PEMBAHARUAN DITAMPILKAN VESPA:

  1. Tahap kecekapan sistem bahan api dioptimumkan dan dipertingkat.
  2. Unit Kawalan Elektronik (ECU) dilengkapi sensor barometrik yang berfungsi memastikan proses pembakaran optimum dalam apa jua situasi.
  3. Enjin mesra alam dengan mematuhi piawaian Euro-3 Multi-Directive.
  4. Pengurangan getaran dan pengendalian lebih lancar menerusi penambahan inersia sebanyak 24 peratus pada aci engkol berbanding enjin terdahulu.
  5. Penghidup motor baharu lebih senyap.
  6. Pelindung kotak gear baharu mengurangkan bunyi bising dan meningkatkan ketegaran casis.
  7. Sistem ekzos juga dikemaskini.
  8. Dilengkapi panel instumen baharu.

WARNA

  • Kelabu
  • Hijau matt
  • Merah matt
  • Taormina (jingga)

HARGA

Harga atas jalan RM13,097.04 seunit.

GALERI

vespa-front-(3)
vespa-front-(1)
vespa-side-(2)
vespa-front-2
vespa-front
vespa-side
vespa-front (1)
vespa-front-(3) (1)
vespa-side-(-3-)
vespa-front-(4)
vespa-side-(3)

 

Related

257
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: i-GET, motosikal, NAZA Premira Sdn Bhd, roda2, skuter, Vespa, Vespa S125

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev