• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Honda Malaysia Sumbang RM500,000 Kepada Mangsa Banjir

BERITA AUTO: Honda Malaysia Sumbang RM500,000 Kepada Mangsa Banjir

March 27, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda Banjir 3Honda Malaysia menyumbang sebanyak RM500,000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur bagi membina perpustakaan dan membeli buku latihan kepada 48 buah sekolah menengah dan rendah.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah, berkata pembangunan semula pasca banjir perlu dilaksanakan dan sumbangan ini diharapakan dapat meringankan beban pelajar-pelajar yang terjejas akibat banjir.

Honda BanjirHonda sudah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengenal pasti 48 buah sekolah yang terjejas teruk.  Lebih daripada 7,000 orang pelajar akan menerima manfaat daripada pembinaan perpustakaan ini dan lebih dari 2,000 set buku latihan akan disumbangkan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan-peperiksaan penting tidak lama lagi.

Sementara itu, Honda Malaysia turut memberi bantuan menerusi Program Bantuan Banjir dengan memberi diskaun sebanyak 50 peratus ke atas pembelian alat ganti tulen yang rosak akibat banjir. Inisiatif ini berterusan sehingga 31 Mac 2015.

Maklumat lanjut, hubungi talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bantuan mangsa banjir, Honda Malaysia, Roslan Abdullah, www.honda.com.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my