• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Veilby Menang APRC Johor, Pertama Kali Berlumba di Malaysia

Veilby Menang APRC Johor, Pertama Kali Berlumba di Malaysia

August 16, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN baru berusia 21 tahun, tetapi itu tidak menghalang Ole Christian Veilby menyertai Neste Rali Finland. Itu bukanlah cerita yang mahu disampaikan, sebenarnya dalam perlumbaan tersebut anak muda dari Norway itu terbabit kemalangan teruk hingga menyebabkan jentera Skoda Fabia dipandunya berpusing bak fidget spinner.

Lebih dramatik, kemalangan tersebut sempat dirakamkan penonton dan menjadi tular di laman sosial. Apatah lagi selekoh maut itu sememangnya sudah banyak menyaksikan insiden serupa yang melibatkan pelumba berpengalaman lain.

Ini berita terkini, pada hujung minggu lalu, Veilby berjaya menebus kegagalan beliau di Finland lalu dengan memenangi Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) yang berlangsung di Johor Darul Takzim.

Menariknya, dia menang dengan catatan masa empat minit di hadapan rakan sepasukan, iaitu Gaurav Gill. Kedua-dua mereka memandu Skoda Fabia R5 mewakili pasukan MRF.

BACA >>> Proton Iriz R5 Cipta Sejarah & Dinobatkan Juara Rali Di Goodwood Festival of Speed 2017

Di Bawah ialah Coretan APRC Johor

  • Veilby baru pertama kali berlumba dalam rali Johor dan Malaysia.
  • Kemenangan itu membolehkan Veilby berada di tangga teratas APRC.
  • Hari terakhir perlumbaan berlangsung dengan panjang keseluruhan trek 77km.
  • Permukaan jalan lecak dan mendap.
  • Gill mengalami masalah pada Sabtu menyebabkan kerugian masa.
  • Gill menebus semula masa tersebut pada hari akhir perlumbaan dan berjaya mengejar Jari Ketomaa yang ketika itu berada di ranking kedua terpantas.
  • Paling dramatik, Gill memintas masa Ketomaa pada lap akhir (SS 14) dengan kelebihan masa 18 saat.
  • Ketomaa memandu baik jentera Mitsubishi Mirage, tetapi jentera Skoda R5 milik Gill nyata lebih bertenaga.
  • Kedudukan keempat diraih Michael Young (Subaru Impreza), manakala Yuya Sumiyama di tempat kelima (Cusco Fabia R5).

Pusingan APRC seterusnya akan berlangsung di Hokkaido, Jepun pada September ini.

BACA >>> Kereta Terlaris Eropah 2016 - VW Popular, Tapi Skoda Paling Laku

APRC JOHOR 2017.01
APRC JOHOR 2017.02
APRC JOHOR 2017.03
APRC JOHOR 2017.04
APRC JOHOR 2017.05
APRC JOHOR 2017.06
APRC JOHOR 2017.07
APRC JOHOR 2017.08
APRC JOHOR 2017.09

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: APRC, Auto Terkini, Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC), Ole Christian Veilby, rali, rali Johor, ŠKODA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev