• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda HR-V (2018) Sudah Siap, Perkenal Warna dan Rim Baharu

Honda HR-V (2018) Sudah Siap, Perkenal Warna dan Rim Baharu

August 13, 2017 By Han Othman 1 Comment

934
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BELUM pun masuk 2018, Honda HR-V untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) sudah pun siap berwajah baharu dengan mengetengahkan warna terkini, biru Aegean, dan juga rim baharu dengan inset hitam bagi varian EX dan EX-L untuk penampilan lebih sporty.

HR-V LX didatangkan dalam pacuan 2-roda (2WD) dan transmisi manual 6-kelajuan pada harga AS$19,570 (RM84,131), meningkat AS$105 (RM451) berbanding 2017. HR-V versi pacuan semua roda (AWD) pula ditawarkan dalam sistem transmisi variabel berterusan (CVT) sahaja pada harga bermula AS$21,670 (RM93,159), meningkat AS$940 (RM4,041).

Semua varian dikuasakan enjin 1.8L 4-silinder berkuasa 141hp dan tork 172Nm. Varian manual mencatatkan penggunaan bahan api 25mpg di bandar dan 33mpg (lebuh raya), manakala 2WD CVT mencatatkan 28mpg (bandar), dan 34mpg (lebuh raya). Bagi varian AWD CVT pula merekodkan 27mpg (bandar), dan 31mpg (lebuh raya).

Antara ciri istimewa HR-V ialah sistem kerusi 'Magic Fan' yang menawarkan 4 mod konfigurasi berbeza, dan ruang kargo seluas 1,665 liter dengan barisan kerusi belakang boleh dilipat. Mungkinkah HR-V di Malaysia juga akan melancarkan versi kemas kini pada tahun hadapan? Apakah ada warna baharu yang diperkenalkan? Lagipun, warna biru Aegeon untuk HR-V versi AS ini boleh tahan menggiurkan juga. 😀

GALERI

2018-honda-hrv-usa-1
2018-honda-hrv-usa-2
2018-honda-hrv-usa-3
2018-honda-hrv-usa-4
2018-honda-hrv-usa-5
2018-honda-hrv-usa-6
2018-honda-hrv-usa-7
2018-honda-hrv-usa-8
2018-honda-hrv-usa-9
2018-honda-hrv-usa-10
2018-honda-hrv-usa-11
2018-honda-hrv-usa-12

SUMBER: RoadShow

 

Related

934
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Amerika Syarikat, Honda HR-V, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev