• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Civic Type R Mendarat di Indonesia - RM320k Sahaja!

Honda Civic Type R Mendarat di Indonesia - RM320k Sahaja!

August 12, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

628
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAMERAN Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2017 di Tangerang, Indonesia yang sedang berlangsung ketika ini bukanlah sembarangan acara automotif kerana Honda Prospect Motor (HPM) melancarkan Honda Civic Type R. Lebih istimewa, majlis pelancaran itu turut dihadiri Ketua Jurutera dan Penolong Ketua Projek Civic Type R, iaitu Hideki Kakinuma.

Pelancaran tersebut menjadikan Indonesia sebagai negara Asean yang mempunyai tiga famili lengkap Civic bermula varian sedan, hatchback dan Type R.

Berikut Maklumat Honda Civic Type R Indonesia:

  • Pertama kali di pasarkan secara rasmi di Indonesia sejak Type R diperkenalkan pada 1992.
  • Menggunakan enjin 2.0L VTEC Turbo berkuasa 305hp pada 6,500rpm dan tork maksimum 400Nm (2,500-4,500 rpm).
  • Kuasa kuda dihasilkan lebih rendah berbanding Type R pasaran Britain disebabkan faktor gred petrol berbeza.
  • Dipadankan transmisi manual 6-kelajuan.
  • Tiga mod pemanduan - Comfort, Sport dan +R.
  • Ada empat pilihan warna - Rally Red (merah), Brilliant Sporty Blue Metallic (biru), Championship White (putih), dan Sonic Gray Pearl (kelabu cerah).
  • Warna Crystal Black Pearl (hitam) dan Polished Metal Metallic (kelabu) bakal ditawarkan pada 2018.
  • Khabarnya, 50 unit Type R dibawa masuk terlebih dahulu sebagai unit awal.
  • Berharga Rp995,000,000 (RM320,000).

Walaupun baru saja berada di beberapa pasaran dunia, Honda Civic Type R sudah pun menerima pelbagai pengiktirafan seperti Hot Hatch Terbaik dalam Anugerah Kereta Baharu Auto Express 2017 dan Kereta Terbaik 2017: Anugerah Terbaik Pembaca daripada majalah WhatCar? di Britain.

Honda Civic Type R.01
Honda Civic Type R.02
Honda Civic Type R.03
Honda Civic Type R.04
Honda Civic Type R.05

Related

628
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: GIIAS 2017, Honda, Honda Civic Type R, Honda Indonesia, Honda Prospect Motor (HPM), Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2017, Type-R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev