• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Renault Clio RS Black Edition Kini Berwajah Lebih 'Jahat'

Renault Clio RS Black Edition Kini Berwajah Lebih 'Jahat'

August 12, 2017 By Han Othman 2 Comments

372
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RENAULT Clio RS kini ditawarkan pek opsyen 'Black Edition' yang membolehkan pemiliknya memberikan personaliti tersendiri kepada hot-hatch cilik itu. Pek tersebut boleh ditempah pada harga £200 (RM1,111) untuk Clio RS 220 Trophy dan £350 (RM1,945), Clio RS 200. Harga pasaran Clio RS bermula £20,295 (RM112,812).

'Edisi Hitam' bagi kedua-dua varian, Clio RS 200 dan Clio RS 220 Trophy didatangkan dengan warna serba hitam berkilat pada hendal pintu, acuan sisi, bilah depan, acuan belakang dan lencana, serta difuser belakang. Tiada perbezaan antara kedua-dua varian, cuma Clio RS 200 diserikan rim aloi Renault Sport hitam 17-inci.

Clio RS dikuasakan enjin petrol 1.6L pengecas turbo dengan kuasa 197hp untuk RS 200 dan 217hp (RS 220 Trophy), yang mampu memecut 100kmj sepantas 6.6 saat dan kelajuan maksimum mencecah 235kmj, dengan teknologi transmisi Klac Dual Efisien (EDC) 6-kelajuan yang boleh dianjakkan menerusi pedal syif.

Sebagai makluman, Renault Clio baru saja digayakan semula tahun lalu dengan model RS menerima bampar depan baharu, pencahayan LED bersegi (dalam bentuk corak dam), rim 18-inci dan sil pintu khas.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Related

372
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hot-hatch, pek opsyen Black Edition, Renault, Renault Clio RS, Renault Clio RS Black Edition, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my