• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Fest 2017 - Jetta ALLSTAR & Beetle Edisi Merdeka ke-60 Jadi Tumpuan

Volkswagen Fest 2017 - Jetta ALLSTAR & Beetle Edisi Merdeka ke-60 Jadi Tumpuan

August 12, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA Volkwagen Fest 2017 yang sedang berlangsung hari ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan dua model 'Edisi Khas' buat peminat VW seluruh Malaysia, iaitu Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60.

VW JETTA ALLSTAR


VW Jetta ALLSTAR ialah model ketiga menerima kemasan aksesori ALLSTAR yang dibangunkan khas buat pelanggan VW yang mahu tampil berbeza. Aksesori ALLSTAR pertama kali diperkenalkan menerusi model Polo sebelum disusuli Vento.

Jetta masih menggunakan enjin sama, 1.4L TSI dengan kotak gear anjakan terus (DSG) 7-kelajuan berkuasa 147hp dan tork 250Nm. Model Jetta  ALLSTAR didatangkan dengan aksesori eksklusif bernilai RM3,000, terdiri daripada:

  • Pedal sport aluminium
  • Spoiler
  • Plat sisi
  • Lencana dan karpet lantai ALLSTAR
HARGA

VW Jetta ALLSTAR dijual di pasaran pada harga RM109,990 seunit.

WARNA
  • Candy White (putih)
  • Platinum Grey (kelabu)
  • Reflex Silver (perak)
  • Deep Black (hitam)

VW BEETLE EDISI MERDEKA KE-60


Di samping Jetta ALL STAR, VPCM turut memperkenalkan VW Beetle Edisi Merdeka ke-60 yang didatangkan dalam jumlah terhad, iaitu 16 unit sahaja. Model ikonik edisi terhad itu didatangkan dengan jaminan lima tahun, berserta cukai jalan 60 bulan atau 5 tahun, dan beg Beetle edisi terhad.

Di bawah bonet tersimpan enjin 1.2L TSI berkuasa 103hp dan tork 175Nm dengan transmisi DSG 7-kelajuan automatik. Berikut kemasan ditampilkan VW Beetle Edisi Merdeka ke-60:

  • Pelekat nombor 60 atas bonet dan tepi pintu.
  • Pelekat jalur merah-biru atas bonet, tepi badan, bumbung dan but.
  • Stereng kulit multi info.
  • Skrin sentuh 'composition colour' 5.8 inci dengan sambungan USB dan Bluetooth.
  • 8-unit pembesar suara.
  • Kemasan kerusi fabrik ‘Pepita’.
HARGA

VW Beetle Edisi Merdeka ke-60 dijual pada harga RM136,888 seunit.

WARNA
  • Pure White (putih).
  • White Silver (putih/perak).

Jangan lupa kunjungi Volkswagen Fest 2017 di Setia City Convention Centre (SCCC), hujung minggu ini untuk melihat model baharu VW, termasuk memandu uji dan melakukan pemeriksaan kenderaan VW.

GALERI

Edisi_Khas_Merdeka_ke-60_pandulaju (1)
Edisi_Khas_Merdeka_ke-60_pandulaju (2)
Edisi_Khas_Merdeka_ke-60_pandulaju (3)
Edisi_Khas_Merdeka_ke-60_pandulaju (4)
Edisi_Khas_Merdeka_ke-60_pandulaju (5)
Edisi_Khas_Merdeka_ke-60_pandulaju (6)
Edisi_Khas_Merdeka_ke-60_pandulaju (7)
Edisi_Khas_Merdeka_ke-60_pandulaju (8)
Edisi_Khas_Merdeka_ke-60_pandulaju (10)
Jetta_ALLSTAR_pandulaju (1)
Jetta_ALLSTAR_pandulaju (2)
Jetta_ALLSTAR_pandulaju (2)
Jetta_ALLSTAR_pandulaju (3)
Jetta_ALLSTAR_pandulaju (4)
Jetta_ALLSTAR_pandulaju (5)

 

 

Related

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ALLSTAR, Auto Terkini, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), VW Beetle Merdeka, VW Jetta ALLSTAR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev