• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB1000R (2017) Bakal Serlahkan Gaya Retro-Moden

Honda CB1000R (2017) Bakal Serlahkan Gaya Retro-Moden

August 11, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

945
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPANJANG 10 tahun di pasaran, Honda CB1000R cuma sekadar menampilkan pengemaskinian minor. Kini, sudah tiba masa model tersebut diberikan suntikan pembaharuan dan rombakan secara besar-besaran.

Khabarnya Honda bakal mempamerkan debut CB1000R versi 2017 kepada umum sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) yang dijadualkan berlangsung pada November nanti. Berdasarkan imej lakaran dikeluarkan MCN, Honda melakukan rombakan major ke atas penampilan CB1000R.

REKAAN BERASASKAN MODEL KONSEP

HONDA CB4 CONCEPT
HONDA CB1100TR CONCEPT

Rekabentuk CB1000R kali ini adalah lebih kepada gaya retro-moden. Naked bike itu bakal menggabungkan dua model konsep, CB4 dan CB1100TR. Sentuhan retro lain dapat dilihat menerusi penampilan lampu depan bulat, lengan ayun tunggal dan hendal rata.

Dari segi mekanikal, menurut spekulasi yang kuat tersebar mendakwa CB1000R versi baharu itu nanti akan menggunakan enjin CBR Fireblade generasi terkini, termasuk dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Selain itu, ciri elektronik juga ditingkatkan sama seperti CBR1000RR Fireblade baharu, antaranya mod tunggangan, kawalan traksi dan anti-wheelie. Sebagai makluman, CB1000R di pasaran didatangkan dengan enjin 998cc 4-silinder penyejukan cecair, iaitu enjin sama diguna pakai CBR1000RR Fireblade dengan hamburan kuasa 123.3hp pada 10,000rpm, manakala tork maksimum 99Nm (7,750rpm) bersama padanan transmisi 6-kelajuan.

Apakah rupa Honda CB1000R akan tampil seperti di bawah ini?

SUMBER: MCN

Related

945
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2017, Honda, Honda CB1000R, Honda CB1100TR Concept, Honda CB4 Concept, Pameran Motosikal Milan (EICMA), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my