• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / HJC Keluarkan Helmet Tema Star Wars, Bakal Jadi Koleksi Rare

HJC Keluarkan Helmet Tema Star Wars, Bakal Jadi Koleksi Rare

August 10, 2017 By Admin PanduLaju 1 Comment

977
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR helmet dari Amerika Syarikat (AS), HJC kini menambah satu lagi pilihan produk yang bertemakan filem. Kali ini Star Wars menjadi pilihan tema yang dibikin khas buat peminat filem sains fiksyen tersebut. Sebagai makluman, HJC sebelum ini turut pernah menawarkan helmet inspirasi filem keluaran Marvel, antaranya  Spiderman, Venom dan Ironman.

Bagi tema pertama, X-Wing Pilot yang sering dipakai dalam filem tersebut, direka pada model muka terbuka atau open face, FG-70S. Rekabentuk helmet berkenaan tampak cukup mirip helmet X-Wing Pilot dalam Star Wars. Sementara itu, visor berwarna jingga melengkapkan lagi penampilan helmet tersebut.

MIRIP X-WING PILOT


HJC FG-70S diperbuat daripada kevlar dan komposit matriks gentian kaca. Helmet itu juga dipadankan dengan rekaan pelapik Silvercool antibakteria yang dapat mengurangkan kelembapan bahagian dalam. Malah, pelapik itu boleh ditanggalkan dan dicuci. HJC FG-70S  dijual pada harga £249.99 (RM 1,418.20).

KUASA HITAM

Buat mereka yang berpihak kepada kuasa sisi hitam Star Wars, bolehlah memilih tema Kylo Ren pada helmet RPHA 11. Helmet ini diperbuat daripada material seperti gentian karbon, aramid dan hibrid gentian karbon-kaca, sekali gus menjadikan helmet itu lebih ringan dan selesa dipakai.

Bersama padanan visor berwarna jernih atau gelap sebagai ciri standard, helmet RPHA 11 dijual pada harga £579.99 (RM3,290.29).

Apakah harga ditawarkan munasabah atau mendebarkan dada? Tetapi kalau sudah peminat Star Wars sejati, apalah sangat lengkapkan koleksi Star Wars anda (yang sedia mahal) dengan helmet pula.

GALERI

wing-1
wing-2
wing-3
wing-5
kylo-ren-1
kylo-ren-2
kylo-ren-3

 

Related

977
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, helmet, hjc, Star Wars

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev