• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Tip Pilih Helmet [SIRI 1]: Ketahui Jenis Helmet Pilihan Anda

Tip Pilih Helmet [SIRI 1]: Ketahui Jenis Helmet Pilihan Anda

August 13, 2017 By ZY 1 Comment

5.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

APAKAH helmet yang anda guna sekarang buatkan anda rasa lebih selamat? 

RATA-rata penunggang motosikal hari ini boleh dianggap sudah mementingkan keselamatan jika melihat kepada kualiti helmet jenis muka terbuka (open face) dan muka penuh (fullface) yang dipakai mereka.

Tidak sekadar gaya, jenama dan harga sahaja, penunggang hari ini sudah boleh memilih aneka helmet dalam pelbagai rekaan, saiz dan ciri tambahan yang boleh disesuaikan dengan kehendak keselamatan dan keselesaan masing-masing. Ini secara tidak langsung membuatkan urusan memilih helmet jadi lebih merumitkan.

Jika terpilih helmet yang salah, anda bukan saja rasa tidak selesa, tetapi berisiko terdedah kepada kemalangan. Jadi, jangan tersalah pilih. Di sini kami senaraikan beberapa tip memilih dan membeli helmet dengan lebih bijak!

JENIS-JENIS HELMET DI PASARAN

Sebelum mengulas mengenai tip-tip yang menjurus kepada aspek pemilihan, keselamatan dan ciri-ciri helmet, apa kata kita mulakan dahulu dengan mengenali 5 jenis helmet popular di pasaran:

1. HELMET SEPARUH @ KURA-KURA @ STENG (HALF HELMET)


Walaupun sudah diharamkam Kerajaan, tetapi masih ada kalangan penunggang yang masih menyimpan dan menggunakan helmet kura-kura ini. Kelebihannya, murah dan senang dipakai, terutama jika anda penunggang atau pembonceng berhijab.

Namun, perlindungan diberikan sangat teruk, malah boleh menjadi punca kemalangan melibatkan si pemakai dan pengguna jalan raya lain. Ini kerana helmet tersebut terlalu ringan hingga boleh diterbangkan angin jika menunggang dalam kelajuan tinggi atau tali helmet tidak diikat ketat.

BACA >>> Bawa Kapcai Pakai Helmet Full-Face, Problem?

Dalam apa-apa keadaan tunggangan sekalipun, cuba elakkan menggunakan helmet jenis ini (kecuali jika anda menunggang Harley Davidson). 😛

2. MUKA TERBUKA (OPEN FACE)


Jenis helmet paling banyak dipakai penunggang Malaysia. Memberikan perlidungan hampir menyeluruh kecuali sekitar bahagian muka yang terdedah. Juga membenarkan tahap kejelasan tinggi.

Tidak seperti penunggang di negara Barat, helmet jenis ini kebiasaannya digunakan tanpa visor atau face shield. Sebaliknya, hampir semua helmet open face di Malaysia dijual siap dengan visor sebagai ciri standard. Walaupun tidak dapat melindungi muka daripada impak perlanggaran kuat, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengelak sebarang bendasing seperti debu, habuk, batu, serangga dan tahi burung terkena muka. Helmet ini juga masih mampu memberikan perlindungan minimum dalam kemalangan kecil.

Boleh didapati pada harga mampu milik, sekitar RM100-RM200 dan ada helmet yang mencecah ribuan ringgit jika berjenama premium seperti Shoei dan Arai.

3. MUKA PENUH (FULL FACE)


Memberikan perlindungan menyeluruh, helmet jenis ini menjadi pilihan utama pelumba atau penunggang motosikal berkuasa tinggi. Helmet full face turut jadi pilihan penunggang motosikal berkuasa rendah seperti kapcai atas sebab sama.

Helmet full face boleh dibahagikan kepada dua kategori utama:

  • Sport - Struktur kuat dan lebih ringan, serta padanan atau fitting ketat, manakala pandangan visor lebih sempit berbanding touring. Rekabentuk aerodinamik membantu membelah angin semasa memecut dalam kelajuan tinggi.
  • Touring - Struktur sedikit besar dengan pelbagai liang aliran udara. Padanan sedikit longgar berbanding jenis sport, manakala pandangan visor lebih luas dan jelas. Kebanyakan helmet full face touring didatangkan dengan visor gelap.

Harga ditawarkan bermula sekitar RM250-350 hingga menjangkau ribuan ringgit, terutama kategori Sport berdasarkan penggunaan material premium seperti struktur gentian karbon yang kuat dan ringan.

4. MODULAR @ FLIP-UP


Helmet hibrid yang menggabungkan ciri full face (touring) dan open face. Helmet jenis ini mempunyai mekanisme khas yang membolehkan bahagian pelindung depan seperti pelindung dagu boleh dinaikkan atau ditanggalkan.

Helmet jenis ini menawarkan ekstra fleksibiliti buat penunggang yang mahukan perlindungan penuh dimiliki full face dan pada masa sama selesa dengan sudut pandangan jelas dan luas seperti yang ada pada helmet open face. Mekanisma tambahan tersebut membuatkan helmet modular sedikit berat berbanding helmet full face biasa, manakala harga pula lebih mahal.

5. HELMET MOTOCROSS


Walaupun asal-usul helmet ini dipakai penunggang sukan lumba motocross sahaja, tetapi helmet ranggi ini turut jadi pilihan penunggang supermoto dan funbike. Walaupun tanpa visor, pemakaian gogel asing memberikan kelebihan tersendiri kepada si penunggang kerana boleh ditanggalkan dan dicuci jika kotor.

Related

5.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Autotainment, Roda2 Tagged With: dot, GIVI, helmet, kenali jenis helmet, motosikal, panduan memilih helmet, sirim, snell, tip pilih helmet, tips helmet

Comments

  1. ojim says

    July 29, 2020 at 10:49 PM

    ok

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev