• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Malaysia Panggil Balik Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX

Mitsubishi Malaysia Panggil Balik Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX

August 8, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motor Malaysia (MMM) memanggil balik (recall) tiga model, iaitu Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX yang memerlukan penukaran alat ganti tertentu dengan segala kos ditanggung pengeluar itu.

Berikut butiran panggil balik tersebut:

  1. Mitsubishi Pajero Exceed (2010-2014) - Inflator beg udara bahagian pemandu yang dibekalkan Takata perlu diganti baharu. Ini sebahagian program penukaran global disebabkan kehadiran besi dalam inflator yang boleh dan sudah mendatangkan kecederaan dan kematian. Model terjejas ialah keluaran 2010 hingga 2014.
  2. Mitsubishi Pajero Sport (2010-2016) & ASX (2010-2015) - Ada masalah gas spring but belakang untuk kedua-dua model ini. Gas spring itu boleh rosak akibat kekurangan lapisan antikarat.
  3. Mitsubishi ASX - Motor wiper perlu diganti kerana risiko air dapat masuk dan merosakkan komponen dalaman.

Bagi program panggil balik itu, MMM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua pemilik kenderaan terjejas. MMM juga meminta pemilik supaya membuat janji temu dengan pusat servis terdekat untuk program penukaran tersebut.

Maklumat lanjut dan senarai pusat servis boleh diakses di mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian 1-800-18-6611 (Isnin - Jumaat; 9 pagi - 5 petang) untuk bantuan segera.

Mitsubishi Pajero Exceed

Related

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Mitsubishi ASX, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Pajero Exceed, Mitsubishi Pajero Sport, Panggil Balik, Recall, Roda4, Takata

Comments

  1. Robert Anak Jimen says

    December 9, 2020 at 4:38 PM

    Kami tak pernah terima 'recall' untuk penukaran 2 item alatganti tersebut bagi model pajero sport vgt model tahun 2011.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my