• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Betulkah Kalau Selalu Tekan Brek Nampak Lemah?

#SembangDeras: Betulkah Kalau Selalu Tekan Brek Nampak Lemah?

August 7, 2017 By admin.pandulaju 4 Comments

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANG tidak dapat dinafikan, dalam banyak tabiat pengguna jalan raya yang sering mengundang sakit hati, otak, dan jiwa adalah sikap suka menekan brek tanpa sebab. Tabiat tersebut secara tidak langsung membuatkan pengguna lain di belakang terpaksa juga menekan brek kerana bimbang si 'kaki brek' itu mungkin tiba-tiba berhenti mengejut.

Persoalannya, kenapa perlu tekan brek sepanjang masa sedangkan jalan kebenaran luas terbentang di depan mata para pejuang? Apakah kaki anda terkena sampuk atau anda menderita sindrom parkinson?

Nah, ruang Sembang Deras kali ini kami coretkan semula pesanan ringkas dan padat yang cuba disampaikan salah seorang mangsa 'kaki brek', Amirul Bozu yang menderita emosi dan jiwa raganya dek kerenah golongan tersebut. Harap jadikan iktibar.

Antara kesalahan sewaktu memandu yang kelihatan tidak bersalah sangat adalah kerap menekan brek di jalan yang tenang dengan sengaja.

Pemandu yang baik adalah pemandu yang berupaya mengawal halaju kereta dengan bijak. Mereka tahu waktu yang tepat untuk menekan pedal brek dan waktu yang tepat untuk melepaskan pedal minyak. Pedal klac, itu lain hari cerita.

Tabiat kerap menekan pedal brek dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja akan menyebabkan pelapik brek haus dengan lebih cepat. Selain itu, ianya juga turut mengundang bahaya dan juga stres kepada pemandu di belakang yang terpaksa berjaga lebih melayan tabiat ini. Lagi pula, kereta yang lampu breknya kerap menyala tanpa sebab nampak lemah dan tidak garang di atas jalan raya.

Jauhkan kaki anda dari pedal brek ketika sedang memandu. Anda mampu mengubahnya."

Related

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Amirul Bozu, sembang deras, tabiat selalu tekan brek, tekan brek

Comments

  1. sddsds says

    June 26, 2018 at 3:00 PM

    Hare..best gila blog ni..asal aku baru tahu kweujudan benda yg best sebegini

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my