• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PREVIU: Ford Ranger Baharu Lebih Mantap

PREVIU: Ford Ranger Baharu Lebih Mantap

March 23, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

New Ford Ranger 1FORD secara rasminya memperkenalkan Ford Ranger baharu yang hadir dengan penampilan lasak dan pintar, sekali gus menetapkan satu penanda aras baru dalam segmen trak pikap.

Dengan menggabungkan kualiti buatan mantap dan teknologi terkini, trak pikap yang membuat kemunculan global di Bangkok Motor Show itu bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

LUARAN - Mantap

Ranger baharu dibina berdasarkan kepada reptuasinya dari segi kemampuan, inovasi dan keselesaan.  Penampilan yang lebih moden dan berani memberikan Ranger kelihatan begitu berkuasa di atas jalan raya, seterusnya menyerlahkan keupayaannya.

Rekaan hud yang lebih maskular bergabung dengan gril berbentuk trapezoidal membuatkan ia tampak lebih mantap. Manakala lampu utama jenis projektor membolehkan trak pikap ini dapat dikenali secara serta-merta menerusi rupanya yang garang dan teknikal.

New Ford Ranger 2KEKAL LASAK

Ford Ranger kekal menjadi salah sebuah trak yang paling lasak dalam kelasnya. Dengan kemampuan mengharung air sehingga 800mm yang juga terbaik dalam kelasnya, ia direka dan dibina untuk menempuh kebanyakan laluan paling ekstrem dengan mudah.

Lebih memudahkan pemandu, Ranger varian 4x4 boleh menukar daripada pacuan 4x2 kepada 4x4 ketika kenderaan masih bergerak dengan hanya memutar satu tombol pada konsol tengah.

Untuk mendapatkan kuasa tork pada kelajuan rendah atau brek tambahan ketika menuruni bukit, pemandu boleh menggunakan gear 4x4 jarak pendek. Manakala ciri differential lock elektronik pada roda belakang membantu meningkatkan cengkaman apabila berdepan situasi sukar. Kekuatan di laluan off-road ini dipadankan dengan keupayaan menunda sehingga 3,500kg serta kapasiti mengangkut beban yang luar biasa.

New Ford Ranger 3TEKNOLOGI TERMAJU

Ranger baharu dilengkapi dengan rangkaian teknologi terkini untuk membantu pemandu kekal terhubung dan sentiasa berada dalam kawalan.

Ciri-ciri termaju ditawarkan dalam rangkaian model Ranger termasuklah sistem ketersambungan SYNC 2, Lane Keeping Aid, Adaptive Cruise Control, Driver Impairment Monitor serta Alat Pengesan Parkir Depan dan Belakang.

New Ford Ranger 4KUASA EFISIEN

Ranger baharu dijana unit enjin diesel 2.2L Duratorq 4-silinder TDCi generasi terkini Ford. Dengan pilihan kotak gear manual atau automatik 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kausa sehingga 158hp dan tork puncak 385Nm.

Untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna terutamanya yang mahukan trak pikap lebih berkuasa, Ford turut menawarkan enjin diesel generasi terkini 3.2L Duratorq 5-silinder TDCi.

Antara penambahbaikan yang diterima oleh enjin ini adalah sistem kitaran semula gas ekzos. Ia membantu meningkatkan penjimatan bahan api sehingga 18 peratus, pada masa yang sama mampu menjana kuasa mencecah 198hp dan tork setinggi 470Nm.

Selain itu, sistem suspensi turut ditala untuk menambah baik aspek keselesaan dan pengendalian. Ia menunaikan janji Ford untuk menawarkan pemanduan yang menyeronokkan dengan kualiti buatan lebih baik

Mari kita sama-sama nantikan kemunculan Ranger baharu ini tiba di pasaran tempatan dan berharap harganya juga tidaklah terlalu mahal.

New Ford Ranger 1
New Ford Ranger 2
New Ford Ranger 3
New Ford Ranger 4

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bangkok motor Show, Ford, Ford Malaysia, Ford Ranger Baharu, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev