• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Gear 'Hi-Range 4WD' dan 'Lo-Range 4WD'?

#ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Gear 'Hi-Range 4WD' dan 'Lo-Range 4WD'?

August 7, 2017 By Azhan O 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERBANDING kereta biasa, kenderaan pacuan empat roda (4WD), juga boleh disebut 4x4, menawarkan opsyen gear berbeza yang berfungsi menangani cabaran kepelbagaian bentuk permukaan jalan atau muka bumi, terutama ketika memandu di jalan tidak berturap atau off-road.

Tidak kira apakah model trak pikap yang sedang anda pandu, apa yang perlu anda tahu adalah bilakah masa yang tepat untuk menggunakan sistem pacuan 4WD?

BACA >>> Apakah Perbezaan 4WD dan 2WD? Bagaimana pula 4x4, 2x4 dan AWD?

TENTANG HI-RANGE 4WD

Dalam pacuan julat tinggi atau hi-range, kenderaan anda boleh dipandu lebih laju berbanding julat rendah atau lo-range. Sistem penggearan dan fiil pemanduan dirasai lebih kurang sama seperti dalam pacuan 2WD .

BILAKAH PERLU GUNA HI-RANGE 4WD?

lumpur-4wd
pasir-dalam-4wd
rabung-4wd
salji-4wd
  • Apa saja paras jalan
  • Apabila terkandas dalam pasir dalam
  • Situasi jalan licin
  • Dalam lumpur, ais, dan salji
  • Jalan berbatu, kerikil
  • Di rabung dan parit

TENTANG LO-RANGE 4WD

Anda hanya perlu menggunakan pacuan lo-range apabila kereta anda perlu bergerak dalam kelajuan perlahan. Penggearan lo-range adalah lebih rapat berbanding hi-range, dan kelajuan maksimum direndahkan dengan ketara. Adalah baik anda memandu tidak melebihi 40kmj semasa menggunakan lo-range 4WD. Dari segi teknikal, lo-range 4WD memberikan tork yang lebih kuat berbanding hi-range 4WD.

BACA >>> Kenali Jenis 4WD dan 2WD, Ada yang Sama Tapi Tidak Serupa

BILAKAH PERLU GUNA LO-RANGE?

naik-bukit-4wd
panjat-batu-4wd
redah-air-4wd
redah-pasir-4wd
  • Permukaan jalan basah dan licin
  • Meredah laluan dan kawasan berpasir.
  • Dalam air cetek dan bukit curam.
  • Ketika mendaki batu
  • Ketika menuruni bukit curam

TIP EKSTRA 4WD

  • Sila pastikan anda melepasi halangan sebelum menukar gear pacuan. Jangan tukar ketika sedang memandu dalam air atau mendaki.
  • Elakkan terkandas, masukkan gear yang betul sebelum meredah mana-mana laluan. Ini kerana kenderaan anda berkemungkinan terkandas ketika berhenti untuk menukar gear pacuan.
  • Tukar kepada gear 2WD apabila kembali memandu semula atas jalan berturap atau permukaan jalan keras/rata.

SUMBER: Thoughtco.com 

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: 4WD, 4x4, autotainment, bila perlu tukar gear 4WD, pacuan empat roda (4WD), Roda4, tip automobil

Comments

  1. Abd rashid says

    December 7, 2020 at 1:31 PM

    Kenapa lampu gear 4x4 bahagian 2 tayar depan sering berkelip??isyarat apakah..??

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev