• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Voxy Ganti Nav1 di Indonesia, Bakal Debut Sempena GIIAS 2017

Toyota Voxy Ganti Nav1 di Indonesia, Bakal Debut Sempena GIIAS 2017

August 7, 2017 By Han Othman 1 Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI menerusi Xpander bukanlah satu-satunya pengeluar automobil yang bakal memperkenalkan model baharu ke pasaran Indonesia sempena Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2017 di Jakarta tahun ini. Malah, Toyota juga akan melancarkan debut kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu yang diberikan nama Voxy.

Kehadiran Voxy bakal menggantikan model Nav1, tetapi faktanya, Nav1 itu sendiri ialah model generasi kedua Noah/Voxy yang dinamakan semula. Kehangatan debut MPV itu semakin terasa apabila Toyota Indonesia mula mengeluarkan foto teaser Voxy kepada umum.

BACA >>> Brosur Bocor Dedahkan Nama MPV Mitsubishi Baharu, 'Xpander' Bukan 'Expander'

Toyota Voxy memiliki dimensi panjang 4,695 mm/4,710 mm, lebar 1,695 mm/1,735 mm dan tinggi 1,825 mm/1,865 mm/1,870 mm, manakala jarak roda 2,850 mm. Berdasarkan spesifikasi Jepun, minivan tersebut dikuasakan enjin 2.0L 3ZR-FAE 4-silinder petrol yang menghasilkan kuasa 149hp pada 6,100rpm dan tork 193Nm (3,800rpm).

Varian hibrid turut ditawarkan dengan gabungan trenkuasa enjin 1.8L 2ZR-FXE petrol dan motor elektrik 5JM. Kuasa kuda dihasilkan enjin konvensional ialah 97hp (5,200rpm) dan tork 142Nm (4,000rpm), manakala motor elektrik berkuasa 80hp dan tork 207Nm.

Voxy akan didatangkan dalam susun atur 7 dan 8-kerusi.  Di Indonesia, model tersebut akan bersaing dengan Nissan Serena dan Mazda Biante.

BACA >>> #GIIAS2016: Baca 8 Info Travel Ini Supaya Cuti-Cuti Indonesia Anda Tidak Lagi Klise

GALERI

toyota-voxy-2017-1
toyota-voxy-2017-2
toyota-voxy-2017-3
toyota-voxy-2017-5
toyota-voxy-2017-6
toyota-voxy-2017-7
toyota-voxy-2017-8
toyota-voxy-2017-9
toyota-voxy-2017-10
toyota-voxy-2017-11
toyota-voxy-2017-12

SUMBER: Indian Autos Blog

Related

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GAIKINDO 2017, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2017, Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2017, Roda4, Toyota, Toyota Indonesia, Toyota Nav1, Toyota Voxy, Toyota Voxy (2017)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev