SYARIKAT minyak gergasi Britain, BP merancang mewujudkan stesen cas kereta elektrik (EV) di semua stesen petrol sedai ada seluruh negara itu pada masa akan datang, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bob Dudley.
Dudley berkata, BP kini sedang berunding dengan pengeluar-pengeluar kereta mengenai rancangan pemasangan poin mengecas EV di semua stesen minyak BP seluruh Britain yang berjumlah 3,100 stesen.
BACA >>> Britain Bakal Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Bermula 2040, Serius Mahu Udara Bersih
Kenyataan tersebut muncul seminggu selepas Kerajaan Britain mengumumkan pelan mengharamkan kereta petrol dan diesel menjelang 2040 yang bakal menyaksikan penambahan mendadak kenderaan-kenderaan elektkrik seluruh negara itu.
Kajian dilakukan Auto Express mendapati masalah kekurangan infrastruktur mengecas EV adalah antara punca utama yang menjejaskan jualan kenderaan tanpa bahan api fosil itu. Jadi, syarikat-syarikat minyak Britain mahu tidak mahu mesti menyediakan fasiliti mengecas EV secara berperingkat.
Bagaimanapun, BP bukanlah satu-satunya syarikat minyak yang mengambil inisiatif menubuhkan stesen cas. Seteru utamanya, Shell turut melakukan pelan sama apabila menyasarkan membuka 10 stesen cas di stesen-stesen minyak sedia ada di Britain, tahun ini sebelum disusuli stesen lain.
SUMBER: Auto Express
Leave a Reply