• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda RS150R (2017) Terima Warna, Strip Baharu - Lebih Sporty & Ganas

Honda RS150R (2017) Terima Warna, Strip Baharu - Lebih Sporty & Ganas

August 4, 2017 By Abang GYL 3 Comments

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KHAS buat peminat moped Honda, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna dan corak baharu Honda RS150R (2017) yang pastinya tampil lebih menarik.

Aspek mekanikal Honda RS150R (2017) masih sama dengan mengekalkan enjin DOHC 150cc 1-silinder dan transmisi 6-kelajuan berserta sistem penyejukan cecair. Moped tersebut, yang diperkenalkan di pasaran tempatan pada Julai 2016, mampu menghasilkan kuasa 15.4hp pada 9,000rpm dan tork puncak 13.5Nm (6,500rpm).

Harga Honda RS150R 2017HARGA NAIK SEDIKIT

Honda RS150R (2017) dijual pada harga RM8,474.94 bagi warna merah Candy (Candy Scintillate Red) dan Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), manakala versi Trico dan Repsol pula dijual pada RM8,796.94. Sebagai perbandingan, harga Honda RS150R versi terdahulu ialah RM8,213.94 hingga RM8,372.94. Semua harga termasuk GST, tanpa insurans dan cukai jalan.

JAMINAN

  • 2 tahun atau 20,000km (mana satu tiba dahulu)

BACA >>> Jika Beginilah Rupa Honda RS150R, Mesti 'Laku Keras'

Honda RS150R 2017
Honda RS150R 2017
Harga Honda RS150R 2017
honda-rs150r-warna-baharu-2017-bg

JUALAN 2,000 UNIT SEBULAN

Menurut BSH, Honda RS159R mendapat sambutan menggalakkan apabila menerima purata tempahan sekitar 2,000 unit sebulan. Justeru bagi memenuhi penambahan permintaan pelanggan, BSH kini sedang berusaha mempertingkatkan lagi pengeluaran.

BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

DI PASARAN 8 OGOS

Jika anda mahu dapatkan Honda RS150R (2017), model tersebut bakal berada di semua pengedar BSH bermula 8 Ogos ini. Maklumat lanjut, layari boonsiewhonda.com.my atau laman Facebook di HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Harga Honda RS150R 2017, harga rs150 baru, Honda RS150R 2017, Honda RS150R baru, Moped, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev