
UMW Toyota Motor secara rasmi memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) premium, Toyota Vellfire 2.5 HEV 2026 baharu untuk pasaran Malaysia, yang menumpukan keselesaan tahap tertinggi, teknologi hibrid canggih dan pakej keselamatan menyeluruh menerusi Toyota Safety Sense (TSS).
MPV itu bukan sekadar naik taraf kosmetik, sebaliknya hadir dengan Toyota Hybrid System (THS) generasi keempat, platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) dan pelbagai ciri mewah yang menjadikan model itu antara MPV paling sofistikated dalam kelas.
Rekabentuk Luaran - Elegan, Tegas dan Eksklusif
Toyota Vellfire HEV menampilkan bahasa rekabentuk lebih moden dengan:
- Lampu utama LED penuh dengan Sistem Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHBS)
- Gril depan besar corak geometri
- Rim aloi 19 inci
- Garis badan aerodinamik untuk kestabilan dan kecekapan lebih baik
Imej keseluruhan model tersebut jelas menyasarkan golongan eksekutif, keluarga premium dan pengguna yang mahukan MPV dengan aura 'VIP on wheels'.
Kabin Executive Lounge - Fokus Keselesaan Tahap Tinggi
Masuk ke dalam kabin, Toyota Vellfire 2.5 HEV benar-benar menampilkan pengalaman Executive Lounge sebenar, dilengkapi:
- Kerusi Ottoman boleh laras untuk VIP di tempat duduk barisan kedua
- Kemasan kulit Nappa dengan pilihan warna eksklusif
- Meja lipat putar bersama cermin terbina
- Kawalan digital untuk penumpang belakang
- Bumbung kaca panoramik
- Tirai tingkap kuasa elektrik
- Sistem audio JBL 15-pembesar suara dengan susun atur sekeliling kabin
Gabungan ini menjadikan setiap perjalanan lebih senyap, selesa dan mewah - sesuai sama ada dipandu sendiri atau dengan pemandu peribadi.
Infotainmen, Konektiviti Digital
Bagi memenuhi keperluan pengguna moden, Vellfire HEV dilengkapi:
- Unit infotainmen skrin sentuh 14 inci
- Navigasi terbina dalam
- Konektiyiti Apple CarPlay wayarles dan Android Auto berwayar
- Sistem Telemtik Kenderaan (VTS) untuk pemantauan lokasi kenderaan secara masa nyata melalui aplikasi mudah alih
Prestasi - Sistem Hibrid Generasi Ke-4

Toyota Vellfire 2.5 HEV menggunakan trenkuasa elektrik hibrid dengan spesifikasi berikut:
- Enjin petrol dengan output kuasa 138kW (187ps) @ 6,000rpm
- Motor elektrik: 184kW (250ps)
- Output gabungan: 184kW (250ps)
- Tork enjin 233Nm, dan tork motor 270Nm
- Transmisi E-CVT
Gabungan itu memberikan keseimbangan antara prestasi, kehalusan pemanduan dan kecekapan bahan api tinggi.
Platform TNGA - Lebih Stabil, Mudah Dikawal
Penggunaan TNGA mampu meningkatkan:
- Ketegaran casis
- Kestabilan di selekoh
- Kesenyapan kabin
- Respons stereng lebih tepat
Hasilnya, Vellfire bukan saja selesa sebagai MPV mewah, tetapi juga lebih yakin dipandu pada halaju lebuh raya.
Keselamatan - Toyota Safety Sense, 360-T Advanced
Toyota Vellfire HEV hadir dengan pakej keselamatan komprehensif seperti:
- Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
- Amaran Tukar Lorong (LDA)
- Bantuan Susur Lorong (LTA)
- Kawalan Jelajah Radar Dinamik (semua halaju)
- Bantuan Tanda Jalan (RSA)
- Pemantau Titik Buta (BSM)
- Monitor Pandang Panoramik (kamera 360º)
- Sistem Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHS)
- 6 beg udara SRS
- Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
- Kawalan Traksi (TRC)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Kawalan Bantuan Mula Daki (HAC)
- Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan Pegun Brek (Brake Hold)
Waranti Antara Terbaik dalam Kelas
Toyota Malaysia menawarkan pakej waranti menyeluruh:
- Waranti kenderaan lima (5) tahun tanpa had perbatuan
- Waranti sistem Hybrid Electric lapan (8) tahun tanpa had perbatuan
(meliputi bateri HEV, inverter dan Unit Kawalan Elektronik (ECU) - Pilihan lanjutan hingga 10 tahun tertakluk terma dan syarat
Harga Toyota Vellfire 2.5 HEV Malaysia (Januari 2026)
Harga rasmi atas jalan tanpa insurans seperti berikut:
Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge
- Harga atas jalan (OTR) tanpa insurans (Individu) - RM549,900
- Harga atas jalan (OTR) tanpa insurans (Syarikat) - RM550,100
Harga tertakluk spesifikasi, pilihan warna dan aksesori.
Bukan Sekadar MPV Mewah, Tapi...

Toyota Vellfire 2.5 HEV 2026 bukan sekadar MPV mewah biasa, tetapi pakej lengkap yang menggabungkan keselesaan kelas atas, teknologi hibrid terkini, prestasi lancar dan tahap keselamatan tertinggi.
Kepada mereka yang mahukan MPV premium sebenar dengan kos pemilikan jangka panjang lebih meyakinkan, MPV mewah ini jelas berada di senarai teratas.









































Leave a Reply