• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS Perkenal Tol ANPR Pertama Malaysia di Jajaran Hutan Kampung - Sungai Dua

PLUS Perkenal Tol ANPR Pertama Malaysia di Jajaran Hutan Kampung - Sungai Dua

January 12, 2026 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

PLUS mula projek rintis ANPR

PENGGUNA Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kini boleh menikmati konsep bebas lorong atau 'lane freedom' menerusi sistem tol pembayaran terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR).

Inisiatif dihasilkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) itu dilaksana khas untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung - Sungai Dua, sekali gus menandakan langkah penting ke arah pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), di Malaysia pada masa depan.

Sembilan Plaza Tol, Jarak Hampir 88km

Plaza tol Hutan Kampung

Menerusi projek rintis itu, pengguna yang berdaftar tidak lagi terikat kepada lorong tertentu dan bebas masuk atau keluar melalui mana-mana lorong tol di sembilan plaza terlibat.

Plaza tol tersebut ialah Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua, melibatkan jajaran sepanjang 87.7km yang dikenal pasti sering berdepan kesesakan.

Kurangkan Kesesakan, Pertukaran Lorong Bahaya

PLUS menjangka pelaksanaan fasa pertama itu mampu mengurangkan kesesakan di plaza tol selain meminimum situasi pertukaran lorong saat akhir yang berisiko tinggi kepada keselamatan pengguna lebuh raya.

Pendekatan tol pembayaran terbuka itu juga memberi fleksibiliti lebih besar kepada pemandu, terutama ketika waktu puncak dan musim perayaan.

Sistem ANPR Dipacu AI, Pembelajaran Mesin

Kamera ANPR yang dipasang di plaza tol akan merakam nombor pendaftaran kenderaan, sebelum caj tol diproses secara automatik melalui platform pembayaran mudah alih yang dipaut kepada kaedah bayaran pilihan pengguna.

Disokong teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin, sistem tersebut direka untuk mengenal pasti kenderaan dalam pelbagai keadaan operasi termasuk cuaca, kelajuan, sudut pandangan dan plat nombor tidak standard, dengan ketepatan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Aplikasi JustGO Malaysia jadi platform utama

Aplikasi JustGO

Bagi menggunakan sistem itu, pengguna perlu memuat turun aplikasi mudah alih JustGO Malaysia, mendaftarkan kenderaan, dan memautkan kaedah pembayaran seperti kad debit atau kad kredit.

Tiada peranti tambahan diperlukan dan tiada kos pendahuluan dikenakan kepada pengguna, sekali gus membolehkan pemandu menggunakan lebuh raya seperti biasa tanpa perlu berhenti di plaza tol.

Banyak Pilihan Bayaran Bakal Diperkenal

26 lebuh raya Malaysia guna sistem tol pembayaran terbuka (SPT)

Aplikasi JustGO Malaysia berfungsi sebagai platform pembayaran terbuka digital yang dirancang untuk dimiliki bersama industri lebuh raya, selari aspirasi Kerajaan untuk menyediakan pilihan pembayaran tol yang lebih fleksibel.

Selain kad debit dan kad kredit, kaedah pembayaran lain seperti e-dompet dan perbankan dalam talian dijangka diperkenalkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Fungsi e-Invois, Sokongan Sistem Sedia Ada

Di luar fungsi pembayaran tol, aplikasi JustGO Malaysia turut menawarkan kemudahan e-invois kepada pengguna, khususnya untuk kegunaan perniagaan dan tuntutan kos perjalanan.

Pada masa sama, pengguna masih boleh meneruskan penggunaan kaedah pembayaran sedia ada seperti kad Touch 'n Go, SmartTAG dan RFID, yang akan terus beroperasi sepanjang tempoh projek perintis berkenaan.

Ujian Sejak 2024, Halangan Kekal Buat Sementara

PLUS mula projek rintis ANPR

Menurut PLUS, ujian menyeluruh sistem ANPR sudah dijalankan sejak September 2024, dengan keputusan menunjukkan kadar pengesanan lebih pantas berbanding sistem tol sedia ada berikutan liputan kamera lebih luas di plaza tol.

Ujian tersebut dilaksana dengan kerjasama rapat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan konsesi lebuh raya lain, dengan palang tol masih dikekalkan buat sementara waktu.

Kelajuan Disaran 20 - 25kmj di Plaza Tol

Logo PLUS

Sepanjang tempoh perintis, pengguna dinasihatkan mengekalkan kelajuan antara 20 - 25kmj ketika melalui plaza tol tanpa perlu berhenti sepenuhnya.

Maklumat lanjut mengenai projek rintis ANPR itu boleh diperoleh menerusi laman web justgo.com.my atau dengan menghubungi [email protected].

SUMBER: PLUSMalaysiaBerhad

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alor Setar Utara, Auto Terkini, Automated Number Plate Recognition (ANPR), Bertam, Gurun, Hutan Kampung, Lebuhraya Utara-Selatan, Multi Lane Fast Flow (MLFF), North-South Expressway (NSE), Pendang, Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR), PLUS Malaysia Berhad, sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), Sungai Dua, Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my