• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Corolla AT 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM378,950!

Toyota GR Corolla AT 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM378,950!

January 12, 2026 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Toyota GR Corolla AT 2026

UMW Toyota Motor (UMWT) rasmi memperkenalkan Toyota GR Corolla 2026 versi trasmisi automatik ke pasaran tempatan.

Toyota GR Corolla Automatic Transmission (AT) menjadi pelengkap kepada versi manual yang sudah ditawarkan sebelum ini.

Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026

Kehadiran varian automatik itu bukan sekadar untuk keselesaan, sebaliknya dibangunkan sepenuhnya berteraskan DNA perlumbaan GAZOO Racing, sekali gus mengekalkan karakter agresif sebuah hot-hatch prestasi tinggi.

Transmisi Automatik GR-DAT 8-Kelajuan, Fokus Prestasi

Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026

Buat kali pertama, Toyota GR Corolla kini menggunakan kotak gear GAZOO Racing Direct Automatic Transmission (GR-DAT)  8-kelajuan yang dibangunkan khas untuk pemanduan prestasi.

Transmisi itu direka bagi memberikan anjakan gear lebih pantas, pemilihan gear lebih tepat dan kawalan kuasa optimum dalam pelbagai situasi pemanduan.

Tetapan transmisi turut diperhalusi mengikut mod pemanduan SPORT, Normal dan ECO, dengan mod SPORT menerima talaan paling agresif.

Toyota turut mengubah corak anjakan gear dalam mod manual (M) supaya lebih menyerupai transmisi sekuensial, dengan logik tolak ke depan untuk menurunkan gear (downshift) dan tarik ke belakang untuk menaikkan gear (upshift).

Bagi memastikan ketahanan ketika pemanduan ekstrem, sistem penyejukan turut dipertingkat menerusi penggunaan penyejuk minyak transmisi udara dan penyejuk ATF penyejukan air, selain sub-radiator tambahan untuk kawalan suhu enjin.

Kawalan Mula Luncur (LSC), Pecutan Lebih Konsisten

Satu lagi ciri baharu eksklusif untuk Toyota GR Corolla AT ialah Kawalan Mula Luncur (LSC), iaitu fungsi yang membolehkan pecutan maksimum dari keadaan pegun dengan kawalan traksi lebih stabil.

Sistem itu diaktifkan dalam mod SPORT bersama mod Expert atau apabila Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dimatikan sepenuhnya. Ini membantu mengurangkanputaran roda (wheelspin) selain memastikan pecutan lebih bersih dan konsisten, khususnya di litar atau pemanduan agresif.

Enjin 1.6L Turbo G16E-GTS Kekal

Toyota GR Corolla AT 2026

Dari aspek trenkuasa,Toyota GR Corolla 2026 masih mengekalkan enjin3-silinder 1.6L Turbo G16E-GTS, yang terkenal dengan prestasi tinggi dan respons pantas.

Enjin itu disokong sistem aerodinamik dan penyejukan yang terbukti berkesan, menjadikan GR Corolla kekal sebagai jentera fokus trek yang masih boleh digunakan harian.

Rekabentuk bampar depan, gril dan saluran udara sisi dikekalkan bagi memastikan aliran udara optimum dan kecekapan penyejukan maksimum.

Kemas Kini Dalaman, Keselamatan

Toyota GR Corolla AT 2026

Bahagian dalaman masih mengekalkan pendekatan minimalis dan fokus pemandu. Namun, bagi model 2026, beberapa penambahbaikan penting diperkenalkan seperti:

Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
  • Unit infotainmen 10 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Paparan dongak (HUD) untuk maklumat pemanduan penting
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
  • Pemantau Titik Buta (BSM) kini standard pada kedua-dua cermin sisi
  • Rekabentuk tuil gear baharu khusus untuk varian automatik

Semua suis dan kawalan direka untuk capaian pantas, selari falsafah sukan permotoran Toyota.

Harga Rasmi Malaysia

Toyota GR Corolla AT 2026
GR Corolla AT
Toyota GR Corolla MT 2026
GR Corolla MT

Toyota GR Corolla 2026 ditawarkan secara eksklusif melalui GR Garage terpilih di Malaysia pada harga berikut:

Toyota GR Corolla Automatic (AT)

  • RM378,950 (Semenanjung Malaysia)
  • RM233,500 (Langkawi)

Toyota GR Corolla Manual (MT)

  • RM368,950 (Semenanjung Malaysia)
  • RM227,300 (Langkawi)

Liar di Litar, Mesra di Jalan

Menerusi pengenalan transmisi automatik GR-DAT, Toyota GR Corolla 2026 kini menawarkan keseimbangan antara prestasi ekstrem dan kebolehcapaian kepada lebih ramai pemandu. Manual masih relevan kepada purist, manakala versi automatik membuka pintu kepada mereka yang mahukan prestasi tanpa kompromi dari segi kemudahan.

Pendek kata, GR Corolla 2026 kini bukan saja liar di litar, tetapi juga lebih mesra untuk kegunaan harian.

Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
GR Corolla AT
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026
Toyota GR Corolla AT 2026

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, GAZOO Racing (GR), GR Corolla 2026, UMW Toyota Motor (UMWT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my